Ramai
individu tidak menyedari mereka mempunyai simptom awal penyakit osteoartritis
dan menganggap ia hanya sekadar masalah lenguh sendi atau otot yang akan hilang
selepas berehat dan mengambil paracetamol.
Untuk
memahami osteoartritis, individu perlu memahami dahulu apakah itu artritis.
Artritis
adalah istilah perubatan untuk penyakit radang sendi yang menyakitkan
disebabkan beberapa penyakit termasuk rheumatoid, gout, jangkitan bakteria dan
osteoarthritis.
Osteoartritis
merujuk kepada keadaan klinikal apabila pesakit mengalami sakit sendi
membengkak yang mengakibatkan pergerakan sendi terbatas.
Ciri-ciri
struktur pada sendi penderita osteoarthritis adalah kemerosotan tulang rawan
yang menyelaputi permukaan sendi sehingga ruang sendi menjadi sempit. Ia sekali
gus membentuk benjolan tulang tidak normal di kawasan pinggir sendi dan
mengakibatkan keradangan tisu lembut di dalam sendi.
Osteoartritis
adalah artritis paling kerap dihidapi oleh masyarakat dan menjadi penyebab
utama kesakitan dan kecacatan sendi di seluruh dunia. Sendi paling kerap
terjejas adalah lutut, pinggul dan sendi kecil di tangan.
Ia
juga boleh diklasifikasikan mengikut penyebab iaitu osteoartritis primer dan
sekunder. Osteoartritis primer tiada punca secara langsung yang menyebabkan
penyakit ini, manakala sekunder disebabkan penyakit artritis lain atau akibat
kecederaan sendi ketika bersukan dan kemalangan.
Beberapa
faktor dikaitkan dengan risiko penyakit ini sejajar dengan peningkatan usia
individu dan kerap dihidapi wanita.
Faktor
berat badan berlebihan juga meningkatkan risiko berikutan tekanan pada sendi
yang menanggung berat badan, seperti lutut dan pinggul.
Kecederaan
sendi ketika bersukan, kemalangan meningkatkan risiko osteoarthritis, selain
pekerjaan yang memberi tekanan berulang pada sendi, penyakit lain termasuk
rheumatoid dan gout.
Osteoartritis
akan menyebabkan kesakitan pada sendi apabila kemerosotan lapisan tulang rawan
mengakibatkan permukaannya menjadi kasar dan ada bahagian tulang kehilangan
tulang rawan akan terdedah dan bergesel antara satu sama lain.
Tisu
lembut sendi yang mengalami keradangan menyebabkan pengurangan penghasilan
cecair sendi oleh sampul sendi sekali gus mengakibatkan geseran dalam sendi
akan meningkat dan hujung tulang menjadi haus.
Apabila
tulang rawan sudah tiada, ia akan terdedah dan menyebabkan kesakitan kerana
rangsangan akibat tekanan, geseran pada hujung saraf ketika berdiri serta
berjalan.
Selain
itu, otot, tendon dan ligamen (tisu lembut) di sekitar sendi yang mengalami
keradangan akan membengkak dan juga menyebabkan rasa sakit.
Pesakit
juga akan merasa sakit ketika atau selepas melakukan pergerakan, selain sendi
juga akan kelihatan bengkak dan terasa panas.
Kekejangan
otot di sekitar sendi mungkin akan berlaku ketika atau selepas pergerakan
menyebabkan pesakit tidak boleh menggerakkan sendi mereka sepenuhnya.
Pesakit
mungkin terdengar atau merasai sensasi geseran apabila sendi bergerak manakala
benjolan keras mungkin terbentuk di sekeliling sendi yang sakit di peringkat
akhir osteoartritis, tulang rawan akan merosot sepenuhnya.
Pada
peringkat awal osteoartritis, pesakit akan mengalami serangan sakit pada sendi
yang membengkak dan mengakibatkan pergerakan sendi terbatas disertai
pengurangan fungsi sendi yang berlaku secara bermusim.
Apabila
kerosakan sendi akibat osteoartritis mencapai tahap teruk dengan bentuk sendi
membengkok dan ruang sendi menjadi sangat sempit, ia akan menyebabkan sakit
sendi berterusan serta mengakibatkan kecacatan disebabkan keterbatasan dalam
pergerakan sendi dan akhirnya fungsi sendi merosot secara kekal.
Rawatan
osteoartiritis boleh dibahagikan kepada rawatan tanpa pembedahan secara
farmakologikal, bukan farmakologikal dan rawatan secara pembedahan.
Rawatan
tanpa pembedahan secara bukan farmakologikal selalunya diberikan kepada pesakit
berada di peringkat awal penyakit.
Pesakit
osterartritis boleh melakukan rawatan seperti melakukan fisioterapi, senaman
aerobik, mengawal berat badan dan pendidikan pesakit.
Rawatan
tanpa pembedahan secara farmakologikal pula, pesakit yang berada pada peringkat
pertengahan atau akhir doktor akan mengesyorkan ubat dimakan, sapu atau
suntikan bagi menghilangkan kesakitan.
Ia
meliputi, analgesik (ubat hilangkan rasa sakit), Opiod, bukan opiod dan NSAID
(ubat antiradang bukan steroid).
Selain
ubatan analgesic, pesakit boleh mendapatkan Glukokortikoid (steroid) yang
disuntik sendi yang mampu menghilangkan rasa sakit, radang dan bengkak sendi.
Namun,
ia tidak boleh diamalkan dengan kerap kerana kesan sampingan negatif kepada
tulang rawan.
Suplemen
nutrisi tambahan seperti glucosamine dan chondroitin dan terapi suntikan 'gel
and Hyaluronik', sebagai rawatan baharu boleh diambil.
Rawatan
ini masih dikaji dan keputusan awal menunjukkan sebahagian pesakit peringkat
awal osteoartritis mendapat manfaat dengan sakit sendi berkurangan.
Walaupun
bukan semua penghidap osteoartritis memerlukan pembedahan, namun ia bermanfaat
kepada pesakit osteoarthritis peringkat akhir mengalami kerosakan sendi teruk.
Ada
tiga jenis pembedahan boleh dilakukan, iaitu Osteotomi (memotong dan menyusun
semula tulang), Artroscopi (kamera khas dimasukkan ke dalam sendi bagi membuang
tulang rawan dan tisu lembut sendi yang rosak dan mengganggu pergerakan) dan
Artroplasti (menganti sendi rosak dengan sendi buatan daripada logam dan
plastik).
Namun,
biasanya dijalankan ke atas pesakit berumur melebihi 60 tahun dan sendi paling
kerap terbabit untuk pesakit di Malaysia dan Asia ialah sendi lutut.
Selain
itu, pakar bedah juga boleh menggantikan permukaan sendi yang rosak dengan
sendi buatan daripada logam dan plastik.
No comments:
Post a Comment