Saturday, 20 December 2025

APA KEJAYAAN PAS MEMERINTAH KELANTAN

 
Apa yang berjaya dilakukan oleh PAS selama memerintah Kelantan? Negeri Kelantan kini semakin mengalami masalah pentadbiran dan kewangan sehingga kepincangannya ketara kelihatan di mana-mana.

Masalah air di Kelantan terus diperkatakan. Bekalan air untuk kegunaan domestik tidak dapat memenuhi keperluan semasa penduduk. Selepas diperintah PAS, bakalan air yang mampu disalurkan ke rumah-rumah berkurangan dan mutu air yang dirawat juga tidak memuaskan. Masalah air paip kelodak, berkarat dan tidak mencukupi sudah perkara biasa di Kelantan.

Setelah bosan dengan mutu perkhidmatan Air Kelantan, ramai penduduk mengambil keputusan menggali telaga di rumah masing-masing. Bagi penduduk di kampung, amalan itu satu kebiasaan, tetapi tentulah janggal dan menyalahi peraturan bagi penduduk mendiami taman perumahan. 

Masalah kebersihan di bandar-bandar utama di Kelantan amat memalukan. Sebagai negeri yang mendakwa diperintah berdasarkan syariat Islam, tetapi gagal merealisasikan ajaran agama menjadi satu perkara amat memalukan. Islam mengajar umatnya menjaga kebersihan, tetapi kerajaan PAS Kelantan gagal menterjemahkan kehendak agama itu.

Kekotoran di Kelantan berpunca kerana kekurangan bilangan tong sampah yang disediakan oleh pihak berkuasa. Jika ada tong sampah, masalahnya pula sampah yang dibuang di dalam tong sampah tidak dipunggut sehingga berbau busuk dan tidak dapat dibuang di dalam tong sampah lagi kerana sudah dipenuhi sampah. 

Keadaan ini terjadi kerana pihak berkuasa tempatan tidak mampu menyediakan lori pengangkut sampah secukupnya mengikut keperluan. 

Kota Bharu yang diiystiharkan sebagai Bandar Raya Islam tidak mencerminkan namanya. Tahap kebersihan bandar Kota Bharu tidak terjaga. Maksiat masih berleluasa.

Kejayaan PAS hanya menelanjang dan memusnahkan kawasan balak di Kelantan tanpa mengikuti kaedah pembalakan yang sistematik. Pokok yang masih muda dan kawasan hutan yang sepatutnya dijaga musnah akibat kerakusan pemimpin PAS. Mereka lebih berminat meninjau kawasan balak daripada menemui rakyat yang memerlukan bantuan.

Ratusan ribu rakyat Kelantan terpaksa merantau mencari peluang pekerjaan di negeri-negeri lain, khususnya di Lembah Kelang, Johor dan Pulau Pinang. Kerajaan PAS sekadar meletakkan poster atau papan iklan menyambut ketibaan atau kepulangan perantau, kononnya satu sikap prihatin kepada nasib rakyat Kelantan.  

PAS lebih banyak menghabiskan masa menyalahkan orang lain daripada menghisab diri sendiri. Kesalahan dan kelemahan pemimpin PAS disembunyikan dalam lipatan serban dan jubah. Mereka berselindung di sebalik perjuangan agama yang dipesongkan mengikut acuan politik sempit mereka.

Sekarang ini PAS berdepan dengan kutukan dari bekas ahli yang bertukar parti menyertai Parti Amanah Negara (Amanah). Mereka yang dahulu bermati-matian berjuang bersama PAS kini bermati-matian pula untuk menyerang PAS. Mereka mendedahkan sikap sebenar pemimpin PAS yang dahulunya mereka menjadi sebahagian daripadanya.

Baca juga;

No comments:

Post a Comment