Isu buli di sekolah telah lama berakar umbi dalam institusi
pendidikan. Mengapa perkara ini terus terjadi. Sukar untuk menjawabnya,
walaupan pelbagai usaha dan tindakan telah dilakukan untuk menanganinya.
Ada yang berpendapat perbuatan buli berlaku disebabkan
pelajar sekarang terlalu manja dan tidak boleh dikenakan tindakan disiplin.
Mereka menjadi keras kepala dan tidak takut melakukan perbuatan buli terhadap
kawan kerana tahu dan yakin pihak guru sekadar boleh menasihatkan, dan itu
tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka.
Namun, mereka lupa bahawa perbuatan mereka boleh didakwa di
mahkamah dan boleh dijatuhi hukuman mengikut akta tertentu yang berkaitan.
Contohnya mereka boleh disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
Seksyen 507 Kanun Keseksaan adalah berkaitan dengan kesalahan
menakutkan secara jenayah dengan cara menyembunyikan identiti. Baru-baru ini,
undang-undang berkaitan buli telah dipinda dan seksyen-seksyen baharu (507B
hingga 507G) telah diperkenalkan untuk menangani jenayah buli secara lebih
khusus, berkuat kuasa pada 11 Julai 2025.
Bahkan, perbuatan buli yang menyebabkan kematian, pelaku
boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit
kesalahan boleh membawa kepada hukuman bunuh.
Namun, pesalah kanak-kanak jika didapati bersalah di bawah
Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh tidak boleh dihukum mati tetapi
diletakkan dalam tahanan di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Dalam kes buli hingga menyebabkan kematian, undang-undang di
Malaysia, khususnya Akta Kanak-Kanak 2001, menetapkan bahawa hukuman mati tidak
boleh dikenakan ke atas pesalah di bawah umur 18 tahun.
Sebaliknya, hukuman tahanan boleh dikenakan oleh mahkamah
dengan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Tempoh tahanan itu pula tertakluk kepada Ahli Lembaga Pelawat yang dilantik khas bagi memantau perkembangan tingkah laku pesalah.
Tempoh tahanan itu pula tertakluk kepada Ahli Lembaga Pelawat yang dilantik khas bagi memantau perkembangan tingkah laku pesalah.

No comments:
Post a Comment