Tuesday 14 November 2023

Anak Orang Asli di pentas peringkat negeri

 
Pelajar Orang Asli sering dilihat terkebelakang dalam pelajaran atau pencapaian lain. Namun, ada permata di kalangan anak Orang Asli berusaha mengubah persepsi negatif itu. Mereka berusaha dengan apa juga kemahiran dan peluang yang ada untuk meletakkan Orang Asli setanding dengan kaum lain.
 
Jika ada anak Orang Asli mampu berada di pentas peringkat negeri dalam apa juga pertandingan, itu satu kerjayaan yang membanggakan dan membuka mata banyak pihak.
 
Itulah dibuktikan pelajar Sekolah Menangah Kebangsaan Panggung Jaya, Fifi Fazalianataza Bt Uda apabila tampil sebagai salah seorang peserta akhiar Sayembara Deklamasi Puisi Sains dan Teknologi 2023 Peringkat Negeri Kelantan.
 
Sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dengan, dan Gabungan Penulis-penulis Muda Negeri Kelantan (GEMA) bertempat di Gelanggang Seni, Kota Bharu pada 13 November 2023, turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelatnan.
 
Fifi yang dibimbing Cikgu Norliana Zulkurnain, menyampaikan puisi bertajuk Alam Sekitar daripada antologi puisi “Bagaimana Sekiranya Epal Bertanya”, bukan sahaja tampil dalam acara pertandingan, tetapi sebagai “duta” Orang Asli menyampaikan tentang nasib alam sekitar.
 
Biarpun Fifi sekadar menduduki tempat kelima kategori sekolah menengah, pencapaian itu cukup membanggakan seluruh warga SMK Panggung Jaya.
 
Pengetua SMK Panggung Jaya, Mohd Khairul Bahari Ismail ketika ditemui sebelum pertandingan berkata, terpilih sebagai peserta akhir peringkat negeri sudah dianggap satu percapai membangga seluruh warga sekolah. Tentang tempat berapa yang mampu dicapai, itu perkara kedua.
 
“Kejayaan menempatkan diri di pentas akhir sudah cukup membanggakan. Diharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar Orang Asli lain untuk berjaya dalam apa jua yang dilakukan dan tentunya menjadi satu cabaran kepada pelajar kaum lain untuk turut berjaya.” kata Khairul.
 
SMK Panggung Jaya adalah sekolah menengah dikhaskan kepada pelajar Orang Asli yang pertama di Kelantan. Bagaimanapun, terdapat juga kaum lain, khususnya Melayu belajar di sekolah yang terletak di Kampung Panggung Lalat, Gua Musang itu.
 

No comments:

Post a Comment