Monday 27 November 2023

KAMPUNG ORANG ASLI SUNGAI PERGAM, KEMAMAN

 
Kampung Orang Asli Sungai Pergam terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar Chukai, Kemaman. Ia terletak di dalam kawasan Parlimen Kemaman dan DUN Air Putih.
 
Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Pergam terdiri suku Semaq Beri dan Jakun. Terdapat kira-kira 700 orang penduduk dari 170 keluarga mendiami kampung berkenaan.
 
Masyarakat di sini hidup cara menetap di kampung berkenaan dan menikmati pelbagai kemudahan disediakan kerajaan. Mereka tinggal di rumah “moden” yang selesa dan anak-anak mendapat pendidikan yang baik di sekolah berdekatan.
 
Biarpun hidup di arus kemodenan, masyarakt di sini tidak melupai asal usul dan budaya nenek moyang.

No comments:

Post a Comment