Monday 6 November 2023

MUSE ECOPARK DESTINASI WAJIB SINGGAH DI GUA MUSANG

 
Muse Ecopark merupakan tempat wajib singgah jika anda ke Gua Musang. Dibuka pada awal tahun 2022. Tempat yang mudah untuk dituju kerana berada di jalan utama. Mudah menggunakan kenderaan sendiri ataupun kenderan awam seperti bas dan kereta api. Muse Ecopark terletak bersebelah dengan Stesen Keret Api Gua Musang.

Perkataan “muse” adalah merujuk kepada Gua Musang. Penduduk di Gua Musang tidak menyebut “Gua Musang” kerana perkataan itu bermaksud “aku musang”. Perkataan ‘gua” dalam dialek Cina bermaksud “aku”.

Pengunjung di Muse Ecopark berpeluang melakukan aktiviti:
- Hiking via ferrata dan flying fox.
- Hiking puncak Gua Musang.
- Flying fox rendah pada pokok.
- Kolam mandi berbayar.
- Warung Muse.
- Keda Muse (kedai runcit).
- KB Brewster Gua Musang.
- Masjid Buluh.

Kepada mereka melalui lokasi tersebut biasanya memilih untuk singgah sekejap unttuk menunaikan sembahyang di Masjid Buluh dan menikmanti hidangan di Warung Muse. Kawasan tempat kenderaan memang luas dan selesa.

Ketika menikmati makan di Warung Muse boleh pilih di bahagian luar yang menghadap bandar Gua Musang. Berada bersebelahan dengan stesan kereta api. Kalau bernasib baik, boleh lihat ketibaan atau kereta api lalu.

Pemandangannya sejauh mata memandang kerana kedudukannya di atas bukit. Keseluruhan bandar Gua Musang dapat dilihat. Cukup menarik jika berada pada waktu petang ketika matahari terbenam. Ketika itu lampu-pampu mula menyala, termasuk di Masjid Razaleigh yang terkenal kerana seni binanya menyerupai model Masjidil Haram.





No comments:

Post a Comment