Tuesday 31 October 2023

TINDAKAN BETUL APABILA HARGA NAIK

Sebagai pengguna tentu sekali tidak suka dengan harga barang sentiasa naik. Penjual ada macam-macam alasan mengapa harga barang atau barang jualan perlu dinaikkan.
 
Konflik harga barang di antara peniaga dengan pembeli memang tidak akan berakhir. Ada sahaja yang menjadikan ia berlaku.
 
Pengguna sebenarnya boleh menerima kenaikan harga jika ia berpatutan dan ada alasan kukuh. Peniaga tentu ingin keuntungan dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan. Namun, tentu sekali janganlah ambil kesempatan itu dan ini untuk mendapat untung lebih.
 
Pengguna yang bijak tidak akan marah-marah dengan kenaikan harga. Sebagai pengguna ada pilihan untuk membeli atau tidak. Jika dirasakan mahal, jangan beli di situ. Boleh dapatkan di tempat lain atau tukar dengan barang atau jenis lain.
 
Boleh contohi pembeli ini seperti yang dicatatkan di FB.
 
Awal dulu beli harga RM1.50 telur rebus separuh.
Lepas PKP harga RM2.00 telur rebus mengecil dan nasi kurang.
Pagi ini jadi RM2.50 dengan alasan harga beras naik.
Okay laa kak, ini last saya beli. Terima kasih..

No comments:

Post a Comment