Saturday 14 October 2023

KHASIAT BUAH ANGGUR

 
Anggur adalah buah beri yang tumbuh secara gugusan. Disebabkan kepelbagaian jenis, ia boleh menghasilkan pelbagai produk makanan dan mudah dibawa ke mana-mana, buah ini merupakan antara buah yang popular di seluruh dunia.
 
Lebih daripada 72 juta tan buah anggur dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia dan jumlah ini melebihi penghasilan buah pisang, oren mahupun epal. Tetapi menurut University of Missouri Division of Plant Sciences, hanya 12 peratus daripada jumlah keseluruhan buah yang dihasilkan dimakan secara segar dan selebihnya ‘bertukar wajah’ menjadi wain.
 
Penanaman anggur dikatakan setua tamadun dunia. Ahli arkeologi mempunyai bukti penanaman anggur pada tamadun dahulu, iaitu 6500 Sebelum Masihi, di tempat yang kini dikenali sebagai Georgia, Azerbaijan dan Armenia.
 
Anggur dan wain merupakan antara hidangan penting ketika waktu makan dan juga ritual sosial di zaman Mesir, Yunani dan Rom Kuno. 
 
Anggur memiliki kandungan zat pemakanan yang baik bagi tubuh. Setiap jenis anggur memiliki nilai zat pemakanan yang berbeza.
 
Antara keberkesanan khasiat buah anggur ialah meningkatkan pembesaran pembuluh darah, yang memberikan darah dapat mengalir lebih mudah.
 
Penelitian tersebut juga ditunjukkan ketika keadaan tubuh yang santai, dengan dinding pembuluh darah yang lebih besar, sehingga menurunkan tekanan darah atau ketika darah mengalir melalui semua bahagian tubuh dengan tekanan yang tinggi. Hal ini bermanfaat dalam peningkatan oksigen dan nutrisi ke sel-sel tubuh.
 
Buah anggur merah menyediakan sumber vitamin yang baik untuk menjaga kesihatan tubuh. Setiap satu hidangan anggur merah, memberikan sekitar 16 mg vitamin C, sekitar 27 peratus dari keperluan harian.
 
Jumlah vitamin lain juga ditemui seperti 22 mcg vitamin K (sekitar 28 peratus dari nilai diet harian), 0,4 mg thiamin (27 peratus dari nilai harian), vitamin E, vitamin A, asam pantotenat, vitamin B-6, folat, beta karoten dan alpha karoten
 
Vitamin membantu fungsi proses tubuh berjalan dengan benar yang akan mengurangi risiko masalah kesihatan tertentu.
 
Manfaat buah anggur kaya akan sejumlah mineral penting. Setiap 1 hidangan anggur merah menyediakan mineral seperti 288 mg kalium, 0,2 mg tembaga, 0,1 mg mangan dan 0,5 zat besi.
 
Anggur merah juga mengandungi beberapa mineral seperti kalsium, magnesium, zink dan selenium.
 
Buah anggur yang dijadikan sebagai jus anggur, memberikan manfaat mengoptimunkan kekuatan fikiran.   
 
Khasiat anggur juga terbukti berkesan melindungi tubuh daripada radiasi dan berfungsi sebagai antikanser.
 
Kandungan antioksidan yang kuat dapat membantu sel-sel dan organ menyingkir asid urik dan racun lainnya dari tubuh.
 
Khasiat anggur:
- Mengurangkan masalah sakit kepala.
- Mengatasi sembelit
- Antibakteria dan antivirus
- Mengurangkan masalah asma dan sesak nafas
- Mengatasi masaalah katarak
- Mengurangkan risiko kanser payudara
- Mengurangkan serangan penyakit jantung.
- Mengurangkan masalah sakit buah pinggang.
- Sumber tenaga
- Membantu awet muda.

No comments:

Post a Comment