Monday 31 July 2023

SEBAR GAMBAR CANTIK, BERMAKLUMAT

 
Banyak orang ingin berkongsi atau menyebarkan gambar di media sosial. Satu fenomina atau budaya yang semakin kuat diamalkan oleh anggota masyarakat kita.
 
Gambar adalah “pencerita” yang baik. Sebab itu ada orang mengatakan, sekeping gambar tidak boleh diterangkan dengan seribu patah perkataan. Maknanya, gambar ada “kuasa” lebih daripada seribu perkataan untuk menjelaskan sesuatu.
 
Namun, perlu difahami juga, sekeping gambar tidak membawa apa-apa makna jika tanpa kapsyen. Orang akan melihanya tanpa apa-apa yang dapat difahami. Tidak ada maklumat atau cerita yang dapat ditangkap oleh sesiapa melihatnya.
 
Sebab itu, sesiapa yang membuat kiriman gambar ke media sosial, buatlah kapsyen mengenai gambar tersebut. Biar ada maklumat yang boleh diterima dan difahami.
 
Gambar itu biar ada “cerita” dan jelas. Maklumat biar tepat. Elak gambar yang tiada wajah. Contohnya gambar dari arah belakang, sedangkan ceritanya berkaitan individu berkenaan.
 
Hendak mendapat gambar yang cantik dan ada cerita, kena ambil banyak gambar. Kemudian baharu dipilih untuk dikongsi di media sosial.
 
Jurugambar akhbar akan mengambil banyak gambar di satu-satu aktiviti atau program. Beratus-ratus keping dan mungkin sampai 1000 keping, tetapi yang disiarkan mungkin satu keping sahaja.

No comments:

Post a Comment