Monday 17 July 2023

PISANG SERIBU HASILKAN BANYAK BUAH

 
Namanya pisang seribu. Ada juga yang memanggilnya pisang belalai gajah. Dinamakan pisang seibu kerana buahnya banyak, boleh mencapai sebiji biji setandang. Nama belalai gajah pula keran keadaan tandang yang panjang seperti belalai gajah.
 
Pisang seribu ditanam lebih kepada untuk hiasan. Biarpun mengeluarkan banyak sikat dan buah boleh mencecah lebih seribu biji, tidak banyak yang boleh dimakan. Biasanya hanya beberapa sikat yang di bahagian atas sahaja yang isinya agak besar dan sesuai untuk dimakan.
 
Buah di bahagian sikat seterusnya hanya kecil sahaja. Macam tiada isi dan kelihatan kulit sahaja. Tandanya boleh mencecah lebih satu meter panjang. Sebab itu, ia tidak dikomersialkan atau ditanam untuk tujuan mendapatkan buahnya.
 
Jadi, jika ia ditanam, lebih kepada untuk tujuan hiasan. Kepada yang tidak pernah melihatnya tentu akan berasa pelik dan menarik. Sikat dan buahnya rapat-rapat sehingga tiada ruang antara sikat dan buah, tidak seperti kebanyakan pisang lain.

No comments:

Post a Comment