Tuesday 11 July 2023

RORO TONG SAMPAH BESAR

 
Banyak orang yang masih tidak tahu apa itu tong roro atau tong sampah dan apa fungsinya.

Tong roro (Roll-On Roll-Off) adalah tong yang diperbuat daripada besi dan dibawa naik dan dibawa turun menggunakan lori.
 
Maksudnya, tong roro akan diturunkan dan diletakkan di tempat tertentu untuk mengumpulkan sisa atau buangan dari kerja pembinaan, kerja pengubahsuaian rumah, pembersihan selepas majlis besar dan sebagainya.
 
Apabila selesai tugas atau satu bahan yang diisi telah penuh, tong roro akan “ditarik” untuk dinaikkan ke atas lori. Jadi, ia satu kaedah yang mudah untuk memindahkan sampah ke tempat pembuangan yang disediakan.
 
Jika telah disediakan tong roro, tidak perlulah disediakan tong-tong yang kecil seperti kebiasaan. Penggunaan tong roro memudahkan proses pemindahan sampah. Jumlah atau kuantiti bahan buangan lebih banyak dapat dimasukkan ke dalam tong roro dan kemudian dibawa pergi.

Tong roro mempunyai pelbagai saiz mengikut keperluan contohnya, tong bertinggi 2 kaki, 3 kaki, 4 kaki dan 5 kaki.

No comments:

Post a Comment