Thursday 13 February 2020

AKTIVITI LUAR RAPATKAN HUBUNGAN KELUARGA

Bermain di luar ialah cara yang baik untuk keluarga menjadi lebih rapat. Anda boleh melakukannya dengan berkelah bersama, berkhemah, mengembara, berbasikal, berjalan, malah dengan melawat tarikan semula jadi.

Ini juga masa yang sesuai untuk anda berkongsi pendapat, pengalaman dan kisah zaman kanak-kanak anda kepada anak anda. Cuma bawa perkakas yang perlu untuk aktiviti pilihan anda semasa keluar, dan paling penting, matikan peranti digital anda!

Meluangkan masa di luar merupakan cara terbaik untuk tubuh kita mendapat vitamin D. Masa bermain di luar juga dikaitkan dengan kurangnya risiko miopia (rabun jauh) untuk kanak-kanak, kerana mata akan lebih mudah letih apabila merenung peranti digital di hadapan mereka, berbanding ketika melihat objek jauh.

Meluangkan masa di luar amat menyeronokkan! Ia menawarkan pelbagai manfaat, namun kita sering terlepas pandang. Pakai baju lama agar anda tidak kisah jika baju menjadi kotor, koyak atau terkena lumpur.

Rancang aktiviti agar seluruh keluarga boleh bergembira dan berhubung. Perkenalkan anak anda kepada keindahan alam sekitar seperti hutan simpan, air terjun dan tasik.

Anda harus merancang terlebih dahulu untuk memperkaya pengalaman anak anda dengan alam sekitar, seperti:
- Menyemak ramalan cuaca terlebih dahulu
- Menyediakan senarai semak alat/barangan yang diperlukan
- Menyediakan kit bantuan kecemasan kecil untuk dibawa bersama
- Menyemak maklumat relevan untuk mengelakkan kecederaan dan mengambil langkah sewajarnya (contohnya, memakai kasut sesuai, mematuhi arahan orang dewasa semasa keluar dan sebagainya)

Menggalakkan anak anda meluangkan masa di luar, dan bukannya bermain di dalam atau dengan peranti digital harus menjadi matlamat anda.

Anda perlu lebih berusaha untuk membawa anak anda meneroka alam sekitar dan menjadi contoh kepada mereka! Anda juga akan mendapat faedahnya. Perubahan rutin boleh membantu anda berehat dan mengurangkan tekanan di tempat kerja.

No comments:

Post a Comment