Sunday 15 December 2019

PARTI KOMINIS MALAYA BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN

Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan di Tanah Malayu pada April 1930. Pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, PKM telah berkerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun melalui MPAJA (Malayan Peoples Anti Janpenes Army) atau Tentera Anti Jepun Tanah Melayu.

Selepas Jepun menyerah kalah PKM mengambil kesempatan untuk menguasai Tanah Melayu dengan menubuhkan Bintang Tiga. Ketika itu siri keganasan telah dilakukan PKM terhadap penduduk Tanah Melayu.

British kembali ke Tanah Melayu melalu pentadbiran tenteranya yang dikenali British Military Administration (BMA) telah berusaha menggagalkan usaha Bintang Tiga untuk terus mengusai Tanah Melayu. Serentak dengan itu MPAJA telah dibubarkan.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Febuari 1948, PKM masih meneruskan aktiviti pengganas dengan membunuh penduduk yang tidak menyokong mereka, selain kemudahan awam dan harta benda penduduk dirosakkan.

Peristiwa pembunuhan tiga orang pengurus estet bangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada perisytiran darurat oleh Sir Edward Gent pada 15 Jun 1948 untuk negeri Perak dan Johor. Sir Edward merupakan Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada ketika itu.

Apabila keadaan semakin meruncing di seluruh Tanah Melayu, maka perisytiharan darurat sepenuhnya telah dibuat pada 12 Julai 1948. PKM telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Darurat telah berlangsung sehingga 1960.

Perjuangan bersenjata PKM terhadap pasukan keselamatan Malaysia tamat secara rasmi apabila Perjanjian Damai Haadyai pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan PKM.

Berdasarkan hakikat sejarah tersebut adalah tidak benar sama sekali untuk menabalkan PKM sebagai pejuang kemerdekaan. Kalau ingin memerdekakan negara, mengapa selepas negara mencapai kemerdekaan, PKM terus melakukan keganasan menentang kerajaan sehingga 2 Disember 1989, lebih 32 tahun selepas negara merdeka.

Jika PKM berjuang ingin mencapai kemerdekaan negara, sudah pasti mereka akan berhenti berjuang apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Sekiralah itu yang berlaku, maka selayaknya komunis diangkat sebagai pejuang kemerdekaan.

Ironinya itu tidak berlaku. Komunis terus menentang kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

Komunis terus melakukan keganasan membunuh anggota keselamatan dan rakyat. Merosakkan banyak harta awam dan rakyat. Bukan sedikit wang dibelanjakan untuk menentang pengganas komunis yang sepatutnya digunakan untuk memajukan negara yang baru merdeka.

Pihak yang merosakkan negara yang telah merdeka tidak layak digelar pejuang kemerdekaan. Negara telah merdeka, jadi apa lagi yang hendak diperjuangkan untuk kemerdekaan.

Seperti ada satu gerakan untuk menghidupkan semula gagasan pemikiran (idealogi) komunis di Malaysia. Terdapat program-program tertentu untuk memperingati tokoh-tokoh komunis. Malah wujud desakan untuk mengiktiraf mereka sebagai negarawan.

Untuk tujuan itu, terdapat suara-suara mencadangkan supaya sejarah negara ini ditulis semula khususnya sejarah sebelum kemerdekaan yang melibatkan perjuangan komunis.

Hanya mereka sasau (tidak berapa siuman) atau mempunyai agenda songsang yang mengiktiraf pengganas sebagai pejuang kemerdekaan.

Sebenarnya, tujuan komunis terus berjuang setelah negara mencapai kemerdekaan ialah untuk menjadikan negara ini sebuah republik sosialisme yang menolak sebarang kepercayaan agama. 

No comments:

Post a Comment