Sunday 8 December 2019

CARA PEMILIHAN PEMIMPIN AMANAH SAMA DENGAN DAP

Pemilihan jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden parti-parti UMNO, PAS, MCA, MIC, PKR dan Gerakan adalah melalui pengundian terus oleh ahli-ahli parti.

Manakala, kita tidak pasti mengenai PPBM kerana pemilihan mereka telah tertangguh atau belum pernah dibuat pemilihan sejak ditubuhkan.

Tetapi cara jawatan-jawatan teratas parti Amanah dan DAP ditentukan adalah amat berbeza.

Ahli-ahli parti Amanah mengundi untuk memlihi 27 orang untuk menjadi ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional.

Kemudiannya 27 ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional ini akan berbincang sesama sendiri untuk melantik siapa yang akan menjadi presiden parti, timbalan presiden, naib presiden dan sebagainya.

Sebab itu, Mat Sabu masih dilantik presiden parti walaupun dia hanya mendapat jumlah undi yang ketujuh tertinggi dalam pemilihan untuk menjadi ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional.

Kaedah parti Amanah ini adalah sama dengan parti DAP di mana 20 orang diundi oleh ahli-ahli parti DAP untuk menjadi pemimpin Jawatankuasa Tertinggi Pusat.

Kemudian 20 pemimpin Jawatankuasa ini berbincang sesama sendiri untuk melantik jawatan-jawatan tertinggi parti.

Sebab itu juga, Lim Guan dilantik memikul jawatan tertinggi dalam DAP walaupun dia hanya mendapat undi ketiga tertinggi dalam pemilihan parti.

Dengan kata lain, cara pemilihan DAP dan Amanah adalah sama, kecuali carta perjawatan.

Jawatan paling berkuasa dalam DAP ialah Setiausaha Agung walaupun terdapat jawatan pengerusi, timbalan pengerusi dan naib pengerusi. Manakala jawatan presiden adalah tertinggi dalam Amanah.

No comments:

Post a Comment