Thursday 19 December 2019

PUNCA AIR SUNGAI BERMULA DI PUNCAK TINGGI

Teori mengatakan dari mata air di gunung-ganang dan bukit-bukau yang mengalir melalui tanah dan batu-batu bermulanya terbentuk aliran sungai.

Ada yang kata mata air tersimpan di celah-celah pokok dan batu-batu di hutan. Memang kebanyakan punca sungai dari tempat tinggi. Permulaan terbentuknya aliran sungai.

Dari sumbernya semua sungai menuruni bukit, dan merupakan cara biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalir ke laut atau takungan air yang besar seperti tasik.

Mulut ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya di panggil ulu.

Air sungai biasanya terbatas di dalam satu saluran, yang terdiri daripada dasar sungai yang di antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut. Sesebuah sungai biasanya terdiri dari beberapa anak sungai yang bergabung.

Mengenai sumber air ada diceritakan di dalam al-Quran.

Firman Allah SWT bermaksud: “Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan”  (Surah al-Baqarah, ayat 74)

No comments:

Post a Comment