Friday 29 November 2019

PUNCA PUTU HALBA MENJADI TIDAK SEDAP

Rakyat Kelantan mesti kenal kuih putu halba. Ada orang panggil kuih dalam kain kerana dibungkus dalam kain semasa dikukus.

Tidak kisah sama ada nama putu halba atau kuih dalam kain, hakikat yang nyata ialah ia hanya timbul pada musim tengkujuh.

Putu halba yang diperbuat daripada ubi kayu parut dicampur dengan halba dan intinya daripada gula melaka atau nise keret menjadi fenomina setiap musim banjir.

Putu halba dimakan dengan kelapa muda parut yang dicampurkan sedikit garam dan gula. Amat sedap dimakan ketika masih panas atau baru dimasak.

Jika disimpan lama, ia akan menjadi keras dan tidak sedap lagi dimakan, berbanding ketika masih panas yang masih lembut.

Namun, sekarang ramai yang mengadu rasa putu halba sekarang tidak lagi seperti dahulu. Rasanya dikatakan semakin 'hambar' dan tidak lagi menggambarkan rasa yang memikat seperti dahulu.

Antara punca berlaku keadaan tersebut ialah berkaitan ubi yang menjadi bahan utama membuat putu halba. Kebanyakan ubi yang digunakan sekarang tidak lagi 'segar'. Sebaliknya menggukan serbuk atau ubi kayu yang telah diproses dan dikeringkan lama.

Penggunaan ubi kayu proses menjadi rasanya tiada keaslian. Kurang gebu dan rasa kering.

Sekarang payah hendak dapat penjual putu halba yang memarut dan mengering sendiri ubi kayu. Sebaliknya, lebih mudah didapati dengan membeli ubi kayu kering yang diproses. Ubi kayu diproses dalam bentuk yang lebih halus dan kering sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment