Wednesday 25 December 2019

RESIPI LAKSA BERIS DIJAMIN SEDAP

Perusahan Laksa Beris merupakan sebuah perniagaan perusahaan makanan tradisional yang berasaskan Industri Kecil & Sederhana (IKS). 
 
Perniagaan ini diusahakan secara turun temurun dan ideal perniagaan ini tercetus oleh Tok Mek Chu yang berasal dari China.

Disebabkan Tok Mek Chu berbangsa Cina, orang Melayu tidak berminat untuk membeli barangan yang dibuat oleh beliau. Perniagaan beliau tidak mendapat keuntungan dan sambutan dari penduduk.

Maka beliau menyerahkan perniagaan beliau kepada sahabat baiknya, Tok Yoh Samad. Tok Yoh Samad telah mengusahakan perniagaan tersebut sejak 1986. Alhamdulillah, perniagaan itu telah mendapat sambutan.

Selepas Tok Yoh Samad meninggal, perniagaan tersebut telah diteruskan oleh generasi beliau turun temurun hingga kini. Perniagaan ini bukan sahaja terkenal di negeri Kelantan, malahan telah keseluruh negeri mendapat sambutan.

Pada 2009, pengusaha Laksa Beris telah membuka sebuah kilang yang besar dan separuh pengoperasian kilang telah menggunakan teknologi moden dalam operasi pemperosesan laksa.

Selain laksa, kilang ini juga menghasilkan laksam atas permintaan pelanggan beliau.

Penjualan dibuat secara runcit, borong dan juga set lengkap (laksa + ulam + kuah + sambal).

Laksa yang dihasilkan tahan lama dan tidak mudah basi. Kuah laksa juga lemak menepati selera pelanggan menjadi igauan pelanggan.

No comments:

Post a Comment