Wednesday 20 November 2019

AMALAN PERTANIAN BAIK TINGKATKAN HASIL

Pertanian ialah satu industri yang penting sebagaimana juga industri pembuatan dan perkhidmatan. Menyertai bidang pertanian bukan bermakna tidak berdaya saing dan tidak mampu memberi pulangan yang lumayan.

Bidang pertanian juga mampu memberi pulangan pendapatan yang tinggi jika dilakukan dengan kaedah yang betul dan mematuhi peraturan penanaman yang baik.

Terdapat beberapa elemen yang menentukan kejayaan industri pertanian.

Kerja-kerja pertanian mesti dilakukan secara sekala besar dan bersistematik. Ia perlu dilakukan melalui teknologi terkini terutama berkaitan penyediaan baka yang sesuai dan penggunaan baja.

Baka atau varieti baru yang dapat mengeluarkan hasil yang banyak, berkualiti, tahan penyakit, cepat matang dan sebagainya perlu digunakan.

Baja juga merupakan elemen penting untuk pertanian moden. Penggunaan baja yang bersesuaian adalah faktor kepada kejayaan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan kuantiti maksima.

Hasil yang baik membantu dalam pemasaran. Pembeli memilih membeli hasil yang berkualiti dan menepati kehendak mereka.

Malah amat penting petani melakukan Amalan Pertanian Baik. Ciri-ciri Amalan Pertanian Baik antara lain menekankan kepada usaha:
- Menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan.
- Produktiviti pengeluaran meningkat.
- Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang terjamin.
- Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
- Memelihara alam sekitar.
- Penggunaan racun makhluk perosak yang kurang. 

No comments:

Post a Comment