Wednesday 24 January 2018

RAMBUT KENA GIGIT HANTU

Kisah kena gigit hantu biasa jadi cerita dalam masyarakat. Begitu juga bualan tentang kena sorok oleh hantu biasa kita dengar. Kali ini kisah lain sedikit. Ceritanya tentang rambut kena gigit hantu. Cerita ini ditulis sendiri oleh seorang ibu mengenai rambut anaknya digigit hantu. 

Catatan di laman Facebook:
Sedang saya membelek kain di ampaian, terpandang warna putih di atas kepalanya. Terkejut seketika.

“Aman buat apa kat rambut Aman tu?”

“Aman tak buat apa-apa pun! Bukan Aman buat!”

Aduh! Menyirap darah. Jantung berdegup laju.

“Ya Allah Aman! Apa benda yang Aman dah buat ni? Kenapa Aman sodok rambut Aman macam ni?”

Macam-macam rasa ada, nak menangis, nak menjerit, nak marah.

“Aman tak buat! Bukan Aman buat!”

“Ada Aman dengan Mama je kat rumah ni. Kalau bukan kita dua yang buat, maknanya ada hantu yang buat. Kenapa Aman???”

Dia langsung tidak mahu mengaku. Bila ditanya di mana ketam rambut yang digunakan untuk sodok rambut dia, terus ditunjukkan di mana.

“Aman tunggu kejap lagi Papa balik bagi hadiah kat Aman. Mama tak kuasa dah nak marah Aman. Sedih Mama. Dah buat salah tapi masih tak mau mengaku. Cuba tengok dalam cermin kepala Aman ni. Cantik ke?”

Terasa airmata panas mengalir di pipi saya. Sedih sangat.

Agaknya Aman tidak tahu akibat guna ketam rambut jika diletakkan di rambut. Apa lagi kali ketam rambut itu disodok rapat dengan kulit kepala.

No comments:

Post a Comment