Saturday, 11 January 2025

CARA BAKAR UBI KAYU

 
Ubi kayu biasanya direbus untuk dimakan. Namun, satu cara lain ialah dengan membakarnya. Ubi kayu bakar memang sedap dan aroma yang memikat.
 
Ubi kayu biasanya dibakar jika berada di kebun atau tempat yang ada pembakaran. Ada juga ubi kayu dibakar di atas dapur kayu yang memang terdapat di setiap rumah di kampung pada masa dahulu.
 
Cara membakar ubi kayu ialah dengan meletakkan di atas api atau bara. Kalau ingin masak sekata, elok “ditanam” di dalam abu atau bukan di atas api terus. Ia bukan sahaja masak sekata, tetapi juga mengelak ia menjadi hangus.  
 
Setelah diletak di atas bara, tunggu sehingga kulit luarnya nampak terbakar atau menjadi arang. Ketika itu sudah sesuai untuk diangkat. Jika dibiarkan terus berada di dalam api, akan terbakar keseluruhan menjadi arang. 
 
Namun, untuk memastikan ubi itu masak atau empuk sepenuhnya, cucuk dahulu dengan lidi atau batang kayu kecil. Jika masuk ke dalam, itu tandanya telah masak. Jika belum masak, teruskan membakar. 

Ubi kayu yang bersaiz besar tidak sesuai untuk dibakar kerana susah masak sepenuhnya. Jadi, pilihlah ubi kayu yang sederhana besar. 
 
Ubi kayu bakar memang sedap dimakan bersama air kopi pada waktu petang, sambil ambil angin petang di kebun mahupun di laman rumah. 

No comments:

Post a Comment