Jambatan Sultan Mahmud, juga dikenali Jambatan
Duyong merupakan jambatan merentangi Sungai Terengganu menghubungkan bandar
Kuala Terengganu dengan Pulau Duyung dan seterusnya kawasan utara negeri
tersebut sehingga ke Kelantan.
Jambatan ini merupakan sebahagian daripada
Laluan Persekutuan 65 mempunyai dua
laluan sehala.
Jambatan Sultan Mahmud mempunyai 3 bahagian
iaitu pertama, Jambatan Selatan yang menghubungkan kawasan tebing
selatan Sungai Terengganu hingga ke Pulau Duyong. Kedua, Jambatan Utara
No.1 menghubungkan kawasan Pulau Besar dan tebing utara Sungai Terengganu
dan yang ketiga pula, Jambatan Utara No.2 menghubungkan kawasan Pulau
Duyong dan Pulau Besar.
Pada asalnya, jambatan ini ingin dibina di antara
Tanjung dan Seberang Takir. Tetapi, apabila mengambil kira faktor kemudahan
penduduk terutama penduduk di Pulau Duyong yang tidak dihubungkan dengan jalan raya
maka jambatan tersebut dianjak untuk menghubungkan Padang Hiliran ke Seberang
Tuan Chik melalui Pulau Duyong.
Sebelum jambatan tersebut dibina, para
penduduk Pulau Duyong meletakkan kenderaan mereka di sekitar Pasar Besar Kedai
Payang dan Kedai Binjai dan menaiki bot penambang ke Pulau Duyong.
Jambatan Sultan Mahmud mula dibina pada tahun
1988 dan dirasmikan pembukannya oleh Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada
11 Mac 1990.
Pada awal operasinya, pengguna jambatan
tersebut dikena tol untuk menampung kos pembinaan. Kadar tol ialah 50 sen
sehala bagi kereta dan van, RM1 bagi lori dan bas sementara lori berganda RM2.
Pada permulaannya, kutipan tol itu hanya
dikenakan kepada kenderaan yang bergerak dari arah pekan Batu Enam menghala ke
bandar Kuala Terengganu. Bagaimanapun, bayaran tol di jambatan itu ditambah
bagi kedua-dua laluan iaitu Batu Enam-Kuala Terengganu dan Kuala
Terengganu-Batu Enam pada 1993.
Bayaran tol tersebut dihapuskan apabila
Terengganu diperintah oleh Pas selepas mendapat majoriti di Dewan Undangan
Negeri (DUN) Terengganu selepasa pilihan raya 1999 iaitu PRU ke-10.
Gambar atas - Rumah tol Jambatan Sultan Mahmud
No comments:
Post a Comment