Banyak orang ingin berkongsi atau
menyebarkan gambar di media sosial. Satu fenomina atau budaya yang semakin kuat
diamalkan oleh anggota masyarakat kita.
Gambar adalah “pencerita” yang baik. Sebab
itu ada orang mengatakan, sekeping gambar tidak boleh diterangkan dengan seribu
patah perkataan. Maknanya, gambar ada “kuasa” lebih daripada seribu perkataan untuk
menjelaskan sesuatu.
Namun, perlu difahami juga, sekeping gambar
tidak membawa apa-apa makna jika tanpa kapsyen. Orang akan melihanya tanpa
apa-apa yang dapat difahami. Tidak ada maklumat atau cerita yang dapat ditangkap
oleh sesiapa melihatnya.
Sebab itu, sesiapa yang membuat kiriman gambar
ke media sosial, buatlah kapsyen mengenai gambar tersebut. Biar ada maklumat
yang boleh diterima dan difahami.
Gambar itu biar ada “cerita” dan jelas.
Maklumat biar tepat. Elak gambar yang tiada wajah. Contohnya gambar dari arah
belakang, sedangkan ceritanya berkaitan individu berkenaan.
Hendak mendapat gambar yang cantik dan ada
cerita, kena ambil banyak gambar. Kemudian baharu dipilih untuk dikongsi di
media sosial.
Jurugambar akhbar akan mengambil banyak gambar
di satu-satu aktiviti atau program. Beratus-ratus keping dan mungkin sampai
1000 keping, tetapi yang disiarkan mungkin satu keping sahaja.
No comments:
Post a Comment