Politik propaganda meluas di negara kita.
Banyak berita, gambar dan video disebarkan di media sosial tanpa menyatakan tarikh
peristiwa dan apa yang terjadi sebenarnya.
Hari ini tersebar gambar Datuk Seri
Shahidan Kassim mencium tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam kapsyen itu
menyatakan Shahidan mencium tangan Anwar selepas sidang Parlimen hari ini.
Sedangkan gambar itu sebenarnya peristiwa
yang berlaku pada 7 November 2019. Gambar itu memang dirakam di bangunan
Parlimen.
Aksi Shahidan itu berlaku ketika isu
peralihan kuasa Perdana Menteri antara Anwar dan Tun Dr Mahathir Mohamad hebat diperkatakan.
No comments:
Post a Comment