Hidup ini singkat. Tanggungjawab lebih banyak daripada masa. Pesan bijak pandai, “bantulah saudaramu dalam pengurusan masa".
Dalam kita bersosial dalam media sosial,
pastikan ianya ada manfaat sama ada untuk kita maupun umat. Tingkatkan pahala,
jauhkan dosa.
Kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis
dan ucap. Apa yang kita kongsi dan yang kita debat. Semuanya dicatat oleh malaikat.
Justeru sebelum hendak hantar apa-apa
hantaran, sebelum berkongsi apa-apa laporan maupun hiburan, pastikan batas
halal dan haram supaya beroleh reda Allah.
Elakkan membuat hantaran berbentuk kata
mengata, cerca mencerca, mengadu domba dan fitnah. Semua ini mengundang dosa.
Jika ada kiriman yang kita rasa bermanfaat
dan berpahala silakan dipanjangkan. Kita menyebarkan kebaikan. Kita menjalankan
kerja-kerja dakwah.
Jika ianya berbentuk provokasi dan tidak pasti,
maka kena berhati-hati. Elok kita terus padam sahaja. Jangan disebarkan. Takut
kita yang menanggung dosa yang berpanjangan.
Sudahlah kita kurang melakukan perkara baik
atau pahala, ini hendak ditambahkan pula dosa di media sosial. Kita boleh menjadi muflis di akhirat nanti. Kelak
menyesal. Menyesal yang dah tidak berguna lagi.
No comments:
Post a Comment