Bendera lusuh tanda tidak hormati. Bendera menjadi lambang kemegahan setiap rakyat yang cintakan negara. Mengibarkan bendera satu amalan murni yang perlu diamalkan bukan sahaja sempena Bulan Kemerdekaan.
Malang
sekali ada pihak bersungguh-sungguh memasang bendera, tetapi tidak menjaganya
sehingga menjadi lusuh dan koyak. Ia disanggap sebagai tidak menghormati dan
tidak sayang kepada lambang kemegahan negara.
Jalur
Gemilang dibiarkan di kedudukannya sepanjang masa tanpa diturunkan, termasuk
waktu malam, hujan dan panas. Sebab itu keadaan menjadi lusuh dan
koyak.
Sepatutnya,
bendera dinaikkan pada waktu pagi dan diturunkan pada waktu malam.
Kalaupun
tidak dinaikkan dan diturunkan setiap hari, janganlah dibiarkan sehingga lusuh
dan koyak. Kalau sudah lusuh atau koyak, turunkan bendera itu dan digantikan
dengan yang baharu.
No comments:
Post a Comment