Acar pisang gala muda. Acar
adalah sejenis makanan yang dibuat daripada buah-buahan atau sayur-sayuran
dengan bahan-bahan lain dan diasamkan dengan cuka. Di antara jenis buah yang digunakan
untuk membuat acar ialah pisang gala muda.
Pisang
gala muda digunakan atau dijadikan acar kerana ia tidak sesuai dimakan apabila
sudah tua dan masak disebabkan banyak biji yang keras.
Sebaliknya,
ketika masih muda, biji pisang gala masih lembut dan boleh dimakan.
Bagi
masyarakat Kelantan, resepi ini memang terkenal kerana keenakannya dengan rasa
manis dan pedas.
Bahan-bahan
acar pisang benggala:
-
Halia
-
Bawang merah
-
Bawang putih (semua dikisar)
-
Pisang gala muda
-
Santan
-
Cuka makan
-
Cili kering
Cara
memasak:
- Tumis bahan-bahan yang dikisar itu sehingga naik bau.
- Masukkan sedikit cuka makan
- Bila bahan sudah sebati, masukkan santan (kotak kecil).
- Campurkan sedikir
air agar kuahnya tidak terlalu pekat.
- Biarkan mendidih dan masukkan beberapa biji pisang benggala yang telah siap
dikelar.
- Biarkan pisang itu masak (5 hingga 7 minit)
- Matikan api.
- Siap
No comments:
Post a Comment