Saturday, 4 June 2022

PASAR TERAPUNG SRI TANJUNG PULAU RENJUNA

 
Pasar Terapung Sri Tanjung di Pulau Renjuna merancakkan aktiviti pelancongan di kepulauan delta Sungai Kelantan, Tumpat. 
 
Masa operasi pasar terapung pada setiap Jumaat dan Sabtu bermula pukul 08.00 pagi sehingga 05.00 petang. 
 
Aktiviti jualan dilakukan di atas bot atau perahu dan ada juga gerai di darat. Untuk memudahkan pengunjung makan di situ, terdapat tempat duduk disediakan. 
 
Menu makanan yang disediakan banyak berasaskan resispi penduduk pulau seperti kerabu bunga nipah, buah nipah, lokan dan hidangan hasil laut dan sungai. 
 
Pengunjung berpeluang berada di kawasan tersebut dari pagi hingga petang kerana ia dilengkapi dengan kemudahan untuk bersantai, surau, restoran dan chelet. 
 
Pengunjung boleh ke sana dengan menaiki bot di Jeti Kuala Besar dan Jeti Medan Ikan Bakar (MBI) Kota Bharu atau melalui Jeti Kok Majid, Tumpat. Ada bot penambang yang menyediakan perkhidmatan membawa penumpang yang fungsinya seperti teksi air. 

Perkhidmatan bot tidak berjadual. Ia bergantung kepada keberadaan pengunjung.
 
Selain untuk pergi dan balik Pasar Terapung Sri Tanjung, pengunjung juga boleh melawat atau menikmati pemandangan pusing kawasan pulau di kawasan delta Sungai Kelantan. 
 

No comments:

Post a Comment