Thursday 9 June 2022

INAP DESA FELDA JENGKA 25

 
FELDA Jengka 25 merupakan rancangan terakhir dimajukan dalam Wilayah Jengka. Jengka 25 dibagunkan pada tahun 1978 dan terbahagi kepada 3 peringkat, iaitu peringkat 02 dan 04 bagi lot berpeneroka serta peringkat 03 kawasan lot Felda. Kemasukan peneroka pertama bermula pada Jun 1986. Seramai 152 peneroka di tempatkan di rancangan ini. 
 
Perkara yang menjadi tarikan di FELDA Jengka 25 adalah aktiviti perlacongan dan homestay. Homestay FELDA Jengka 25 yang berkonsepkan tinggal bersama penduduk peneroka dan merasai sendiri sosioekonomi dan cara hidup seorang peneroka FELDA. 
 
Antara tarikan utama ke Jengka 25 ialah untuk ke Gunung Senyum. Ia menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. 
 
Gunung Senyum mempunyai keindahan dan keunikan alam semula jadi serta merupakan tapak sejarah zaman dahulu. Terdapat 25 buah gua di Gunung Senyum contohnya seperti Gua Terang Bulan, Gua Angin, Gua Makam Tok Long, Gua Kolam Tujuh Gua Taman dan lain-lain.

 

No comments:

Post a Comment