Masalah
kesihatan antara punca berlaku lemah tenaga batin. Justeru itu, penjagaan
kesihatan yang baik perlu dilakukan untuk mengelak masalah tenaga
kelelakian.
Penyakit
kencing manis, darah tinggi, jantung dan yang melibatkan kelancaran perjalanan
darah serta kekuatan fizikal banyak mengganggu lelaki untuk mengekalkan kuasa
tenaga batin.
Sebab
itu amat penting amalkan cara hidup yang sihat. Cuba elak melakukan perbuatan yang
boleh merencatkan kesihatan. Banyakkan aktiviti riadah dan beri peluang badan
mendapat rehat yang secukupnya.
Selain
itu kena juga kawal pemakanan. Jauhkan daripada mengambil sumber makanan yang
mempunyai banyak lemak, manis dan masin.
Punca
masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi.
Dari
segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan
darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia
terhalang, kebanyakannya boleh dirawat.
Mati
pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau
perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi.
Kepada
lelaki yang mengalami masalah tenaga batin atau mati pucuk, jangan putus asa untuk
kembali normal. Jangan takut untuk berusaha mengatasi atau mengubatinya.
Jauhkan
perasaan malu untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Jika dilakukan cara rawatan
yang betul, masalah yang dialami dapat diatasi. Kembalilah kepada zaman muda
anda. Jangan persiakan kehebatan lelaki yang dimiliki.
No comments:
Post a Comment