Ada
peribahasa berbunyi; rebung tak miang, bemban pula miang. Peribahasa tersebut
bermaksud orang yang bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar yang ikut
campur.
Rebung buluh ada ‘bulu’ yang boleh menyebabkan miang. Jadi, rebung memang selalu
sahaja kena bulu, tetapi tidak pun mengadu kata miang. Alih-alih, pokok
bemban pula yang menyalahkan buluh kononnya ia kena miang atau terasa gatal. Pokok bemban biasanya tumbuh jauh dari pokok buluh.
Itu
analogi mudah berkaitan orang yang bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang
luar yang ikut campur urusan anak beranak keluarga lain.
Urusan
parti lain, ahli parti lain pula yang lebih-lebih ambil kisah. Keputusan
kepimpinan sesebuah parti diterima seadanya oleh ahli parti berkenaan. Agak dikira pelik dan tidak waras apabila ahli parti lain pula yang hendak tahu itu
dan ini.
Rebung
tak miang, bemban pula miang. Peribahasa yang bermaksud sama ialah; buluh tak
miang, bemban pula yang gatal.
No comments:
Post a Comment