Thailand
sudah lama berura-ura membina Terusan Segenting Kra di Selatan Thai untuk
menghubungkan Teluk Thailand di Timur dan Laut Andaman di Barat. Namun, projek
itu tidak menjadi kenyataan kerana melibatkan kos yang tinggi.
Pun
begitu, Thailand sering memberi tumpuan untuk mendekatkan hubungan timur dan barat
melalui pilihan lain.
Satu
pilihan yang dikatakan paling sesuai ialah dengan membina 'jambatan darat' bagi
menghubungkan Teluk Thailand dan Laut Andaman.
Jambatan
darat yang merentangi kawasan sepanjang 100 kilometer itu menyediakan kemudahan
pengangkutan menghubungkan timur dan barat laut di Selatan Thai itu, iaitu
kemudahan landasan kereta api berkembar dan kemudahan lebuh raya.
No comments:
Post a Comment