Zina
perbuatan keji yang perlu dijauhi. Sebaik-baik cara dan usaha usaha mengelak
perbuatan zina ialah tidak mendekati atau melakukan perbuatan yang boleh
mendorong berlakunya perbuatan itu.
Oleh
sebab itu Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jangan kamu menghampiri
zina, sesungguhnya zina adalah perbuatan yang keji dan jalan yang jahat (yang
membawa kerosakan).” (Surah al-Isra, ayat 32)
Larangan
zina yang digunakan dalam al-Quran seperti, “Jangan kamu mendekati zina” bukan
“'Jangan melakukan zina”, menegaskan bukan hanya perzinaan dilarang, tetapi
segala-gala yang menjadi pintu ke arah perlakuan itu perlu dijauhi.
Perbuatan
zina berlaku apabila wujud suasana membuka peluang atau memungkinkan ia
terjadi.
Perbuatan
memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti
kelunakan suara melalui rayuan atau pujukan, bergaul bebas antara lelaki dan
wanita atau berdua-duaan dengan bukan mahram adalah antara perkara yang boleh
mendekatkan seseorang kepada zina.
Langkah
pencegahan itu bukan bertujuan mennyekat kebebasan individu, tetapi satu
tindakan untuk menjaga kehormatan diri serta keselamatan wanita. Wanita
perlu dilindungi dan bukannya menjadi alat memuskan nafsu lelaki.
Masalah
zina bukan berlaku di kalangan pasangan belum berkahwin sahaja bahkan turut
melibatkan individu yang telah berkahwin yang mana sama ada suami atau isteri
berlaku curang mencari pasangan seks lain.
Etika
berpakaian harus dititikberatkan untuk mengelak berlakunya zina dan rogol.
Pakaian muslimah wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang
daripada dorongan berahi kerana aurat yang tidak ditutup dengan sempurna.
Hari
ini seakan menjadi aliran kebanyakan pakaian generasi muda terlalu pendek,
ketat dan nipis. Fenomena seperti itu patut dicegah demi kesejahteraan seluruh
masyarakat.
Segala
yang dikira boleh membawa kepada perzinaan seperti rumah pelacuran, disko dan
rumah urut perlu dicegah atau ditutup. Jika tidak, berlaku perkara yang tidak
diingini.
Kita
amat harian mengapa wanita yang sudah berkahwin masih lagi ingin berpakaian
seksi dan mendedahkan aurat yang boleh menaikkan nafsu ghairah lelaki lain.
Pakaian yang sepatutnya hanya layak dipakai ketika di rumah bersama suami,
digayakan untuk tontonan umum.
Suami
perlu memastikan isteri sentiasa menutup aurat dan mengelak berhubung dengan
lelaki lain yang bersifat boleh mencetuskan fitnah dan kemesraan yang
mencetuskan rasa ghairah.
Suami
yang membenarkan isteri berpakaian mendedahkan aurat sebenar boleh dianggap
merelakan isterinya dizina oleh lelaki lain.
Rasulullah
SAW ketika peristiwa Israk dan Mikraj memberi gambaran seksa bagi lelaki
penzina.
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Kemudian aku melihat beberapa lelaki
memegang daging gemuk yang bermutu, di sebelahnya terdapat daging kurus yang
sudah busuk. Mereka memakan daging busuk itu dan meninggalkan daging gemuk yang
bermutu. Aku bertanya kepada Jibril: Siapakah mereka wahai Jibril? Jibril
menjawab: Mereka adalah orang yang meninggalkan wanita yang sudah dihalalkan
oleh Allah terhadap mereka (isteri) dan pergi kepada wanita yang diharamkan
oleh terhadap mereka.” (Hadis riwayat Ibnu Ishak daripada Said al-Khudri)
Rasulullah
SAW turut memberi gambaran seksaan wanita yang membawa masuk lelaki bukan
kalangan anak dan suami mereka.
Baginda
SAW bersabda yang bermaksud: “Kemudian aku melihat beberapa wanita yang
digantung dengan payu dara mereka. Aku bertanya kepada Jibril: Siapakah mereka
wahai Jibril? Jibril menjawab: Mereka adalah wanita yang membawa masuk lelaki
yang bukan daripada kalangan anak, suami mereka (bukan mahram).” (Hadis riwayat
Ibnu Ishak daripada Said al-Khudri)
Ibnu
Ishak berkata: “Jaafar bin ‘Amru berkata kepadaku dari Qasim bin Muhammad
bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah terlalu murka terhadap wanita
yang membawa masuk ke atas ‘kaum’ (rumah tangga suami), lelaki yang bukan
daripada kalangan mereka, kemudian dia memakan harta dan melihat aurat mereka.”
No comments:
Post a Comment