Di
Malaysia, sektor jualan langsung mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan
hingga berkembang menjadi industri besar yang menyumbang kepada ekonomi
domestik.
Perkembangan
itu diyakini berupaya membantu usaha kerajaan merancakkan semula pertumbuhan
ekonomi domestik susulan penularan Covid-19.
Keyakinan
itu bersandarkan prestasi positif, terutama nilai jualan dicatatkan sektor
berkenaan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini bermula pada 2018 (RM15.9
bilion) dan 2019 (RM17 bilion) dan 2020 telah melepasi RM17 bilion hanya dalam
tempoh 9 bulan pertama.
Prestasi
itu meletakkan Malaysia pada kedudukan ketujuh di peringkat global dan keempat
di Asia Pasifik daripada segi rekod nilai jualan dalam Laporan Jualan
Peruncitan Jualan Langsung Global 2019 - Persekutuan Persatuan Jualan Langsung
Dunia (WFDSA).
No comments:
Post a Comment