Friday, 3 July 2020

MENGAPA PERLU BAWA SEJADAH SENDIRI?

Kenapa wajib bawa sejadah ke masjid? Ada yang jadikannya isu. Macam-macam alasan diberikan dan macam-macam soalan diajukan.

Sebenarnya tindakan itu satu usaha untuk mengelak penularan Covid-19 yang masih belum berakhir. Bagaimana? Jika kita bawa sejadah sendiri, jika ditakdirkan kita pembawa virus, maka virus itu hanya akan berada di atas sejadah kita sahaja.

Ingatlah virus ini menular melalui sentuhan tangan dan penafasan. Jadi, jaga tangan agar berada di atas sejadah kita dan mulut dan hidung ditutup. Nanti bila anda balik, virus itu akan mengikut anda balik.

Tapi bayangkan kalau anda guna sejadah masjid atas alasan tak bawa atau tidak tahu, maka virus yang anda bawa, anda tinggalkan pada sejadah masjid. Nanti ia akan menular kepada orang lain pula.

Satu lagi, ada sesetengah orang hanya membawa sejadah kecil yang digunakan untuk sujud. Tahukah anda, bila anda sujud, tangan anda akan terkena karpet masjid. Kalau anda pembawa virus, sudah tentu anda telah meninggalkannya di masjid.

Perlu diingatkan, ramai pengidap Convid 19 tanpa gejala. Mungkin kita rasa sihat, tetapi sebenarnya telah dijangkiti wabak yang belum ada penawar ini, melain dengan tindakan pencecgahan.

Jadi, jangan pertikaikan peraturan itu buat masa ini.

No comments:

Post a Comment