Saturday, 21 March 2020

MENGAPA IBU LEPAS BERSALIN PERLU BERPANTANG

Menjalani tempoh berpantang perkara sangat mencabar buat ibu terutama pertama kali melahirkan anak. Penjagaan selepas bersalin sangat penting untuk mengembalikan kesihatan ibu setelah mengandung dan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan juga naik turun tahap kesihatan. Semasa bersalin, badan kehilangan banyak darah.

Oleh sebab itu, ibu tidak boleh sama-sekali mengabaikan soal penjagaan diri selepas bersalin. Tempoh berpantang yang akan memastikan badan ibu sembuh cepat daripada luka-luka dalaman ketika bersalin.

Jika mengabaikan tempoh berpantang, banyak masalah kesihatan fizikal dan mental yang akan berlaku.

Orang-orang tua tak mengalakkan ibu lepas bersalin membuat terlalu banyak pergerakan secara kasar/ berat takutnya nanti luka bersalin akan tetas kembali atau mungkin kedudukan rahim akan jatuh. Mereka juga tak benarkan kita minum terlalu banyak air dan sebagainya.

Berpantang secara tradisional memang berkesan untuk memulihkan kesihatan dan mengembalikan tenaga serta melancarkan fungsi kewanitaan. 

Namun, masyarakat moden hari ini sukar atau tidak mahu mengamalkan amalan secara tradisional. Gaya hidup masa kini dan kaedah perubatan moden menyebabkan tradisi dulu ditinggalkan.

Namun, tidak dinafikan, banyak yang diamalkan ibu-ibu dulu perlu diamalkan dalam kaedah inovasi baru sesuai dengan keperluan masa kini. Banyak produk set lepas bersalin diperkenalkan dan berada di pasaran.

Produk set lepas bersalin memenuhi keperluan ibu berpantang. Ia lebih mudah digunakan dan sesuai dengan kehidupan moden masyarakat sekarang.

Pengambilan makanan yang sesuai dan rehat yang secukupnya dapat membantu proses berpatang memberi kesan yang terbaik. Hal ini penting terutama kepada ibu bekerjaya di mana akan menyambungkan tugas selepas cuti rehat. Mereka perlu dalam keadaan yang benar-benar bersedia untuk menjalankan tugas kerjaya dan pada masa sama memberi perhatian kepada bayi serta keluarga.

No comments:

Post a Comment