Aidilfitri
adalah hari kemenangan setelah berjaya melawan hawa nafsu sepanjang
melaksanakan ibadat puasa Ramadan. Hari kemenangan itu perlu disambut dengan
perasaan gembira, namun dalam batasan syariat.
Pada hari kemenangan itu disunat
perbanyakkan istighfar, tasbih dan tahmid, sebaik berakhirnya Ramadan terutama
menjelang malam raya sehinggalah ke pagi hari raya.
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menghidupkan dua malam raya
(Aidilfitri dan Aidiladha) dengan takbir dan ibadah, tidak dimatikan hatinya
pada hari dimatikan segala hati." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Aidilfitri
bukan sambutan berdasarkan adat dan kehendak nafsu, sebaliknya satu anugerah
yang termasuk dalam ibadat. Sebab itu, sambutan perlu dilakukan mengikut
tuntutan syariat dengan memperbanyakkan kebaikan dan menjauhkan apa yang dilarang.
Namun dalam melaksanakan amalan sepanjang merayakan Aidilfitri hendaklah kita
mengetahui mana amalan sunah Rasulullah SAW dan mana pula yang menjadi ritual
atau adat dalam masyarakat.
Sungguh
jauh berbeza antara Aidilfitri yang disambut sebagai ibadat dengan yang hanya
berupa adat. Setiap ibadat adalah mengikut apa disyariat, melakukan kerana
Allah SWT dan tidak bercampur dengan perkara maksiat. Sedangkan adat mengikut
kebiasaan yang diamalkan sejak turun temurun dalam masyarakat.
Menurut
ketentuan sunah, pada Hari Raya Aidilfitri, kita dianjurkan mengucapkan
"taqaballahu minna wa minkum" yang bermaksud "mudah-mudahan
Allah menerima ibadah puasa yang baru kita laksanakan".
Selain
itu, sudah menjadi kebiasaan kita saling mengucapkan "minal aidin wal
faizin" yang bererti "mudah-mudahan Allah menjadikan kita orang yang
kembali dari medan perang dengan memperoleh kemenangan yang besar".
Diceritakan
bahawa mengucapkan minal aidin wal faizin itu adalah kebiasaan para sahabat di
zaman dahulu kerap mengucapkan kata-kata itu apabila mereka kembali dari medan
perang dengan mengibarkan bendera kemenangan.
Namun,
dalam masyarakat kita, ucapan yang lebih kerap diucapkan ialah ungkapan
"selamat hari raya". Tidak salah ucapan itu, tetapi dalam segi
maksudnya tidak membawa apa-apa erti. Kosong. Justeru lebih elok kita ucapkan
"taqaballahu minna wa minkum" dan "minal aidin wal faizin".
Pada
hari mulia ini masa yang paling baik untuk bermaaf-maafan. Segala yang keruh
dibuang, sebaliknya ambillah yang jernih. Islam amat mengutamakan amalan
memberi kemaafan untuk melahirkan hidup yang sejahtera dan harmoni. Dosa
melibatkan sesama manusia hanya terampun jika mendapat kemaafan daripada orang
berkaitan.
Hakikatnya,
amalan bermaaf-mafaan tidak hanya terhad pada Aidilfitri. Islam menganjurkan
agar kemaafan terus dipinta sekiranya telah melakukan kesalahan. Kaitan amalan
bermaafan pada hari raya sebagai menzahirkan kebersihan diri daripada dosa
hasil melaksanakan ibadat puasa.
Sebenarnya
sambutan Aidilfitri hanya pada 1 Syawal. Pada 2 Syawal dan hari seterusnya
sudah dibenarkan berpuasa sunat Syawal dan puasa-puasa sunat lain, termasuk
puasa ganti.
Kebiasannya penganut Islam di negara-negara Arab hanya menyambut
Aidilfitri pada 1 Syawal, atau jika diteruskan lagi sekadar untuk dua tiga
hari.
Bagaimanapun
tidak dilarang untuk terus menyambut atau melakukan acara yang dikaitkan dengan
sambutan Aidilfitri selepas tarikh 1 Syawal selagi apa yang dilakukan itu tidak
bertentangan syariat.
Namun
apa yang ditakuti ialah kecenderungan masyarakat kita beraya sakan sepanjang
bulan Syawal. Malah ada yang mengaitkan sambutan sebulan itu sebagai satu
tuntutan agama.
Sekiranya berpuasa sepanjang bulan Ramadan, maka dikatakan
sepanjang Syawal pula untuk berhari raya. Lirik sebuah lagu raya berbunyi 'kita
beraya selama sebulan'.
Raya
disambut meriah termasuk di kalangan mereka yang tidak berpuasa. Mereka
menyambut Aidilfitri bukan kerana melaksanakan ibadat puasa, tetapi bergembira tidak
perlu lagi makan sembunyi-sembunyi pada tengah hari.
No comments:
Post a Comment