Pemakaian
tanjak atau tengkolok atau destar dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan
dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu.
Pemakaian
busana ini pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, samping dan baju
Melayu beserta keris selit.
Pada
zaman dahulu, tanjak adalah identiti bagi seseorang, daripadanya kita dapat
melihat status, pangkat, asal-usul dan juga peribadi seseorang.
Orang Melayu dahulu menjadikan busana bagi menceritakan tentang dirinya. Sebab itu, penyolek tanjak (pembuat tanjak) mengenali secara peribadi pemakainya terlebih dahulu agar ianya bersesuaian dengan individu terbabit.
Tiga sifat asas yang perlu ada pada sebuah tanjak ialah tapak, simpul dan solek. Itu ciri asas yang perlu ada bagi tanjak tidak kira sama ada tanjak warisan (tradisional) ataupun tanjak moden yang digubah bersesuaian dengan zaman ini.
Bilangan takuk pada bahagian tapak tanjak melambangkan status seseorang, iaitu satu tingkat bagi rakyat biasa, tiga tingkat bagi pembesar istana dan lima tingkat ke atas bagi raja ataupun sultan.
Selain itu juga status dan pangkat pemakai tanjak digambarkan pada bahagian solek, tanjak bagi rakyat biasa kedudukan solek menuju kearah kiri, manakala bahagian solek pada tanjak Sultan atau raja menuju kearah kanan.

Kebelakangan
ini, generasi muda mula semakin berani dan tidak lagi rasa malu untuk memakai
tanjak walaupun tidak berpakaian lengkap.
Perkembangan ini merupakan satu permulaan yang baik untuk generasi muda mula menghidupkan kembali amalan memakai tanjak yang menjadi pakaian kemegahan bagi orang Melayu satu ketika dahulu.

No comments:
Post a Comment