Sunday, 9 February 2025

BANGSA YAHUDI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

 
Bangsa Yahudi merupakan bangsa yang tidak boleh dibuat kira bicara atau dipercayai dalam sebarang perjanjian.
 
Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa itu terkenal dengan sifat suka berbohong dan mengkhianati perjanjian.
 
Hal ini diakui sendiri ulama Yahidu. Sejarah mencatatkan kisah, Abdullah bin Salam, ulama Yahudi yang baru memeluk Islam ketika zaman Rasulullah SAW.
 
Abdullah memberitahu Rasulullah SAW bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan suka berbohong.
 
Beliau berkata kepada Rasulullah SAW: “Jika engkau ingin mengetahui sifat mereka, tanyalah sebelum mereka mengetahui aku telah memeluk Islam. Mereka akan memuji bahawa akulah orang yang terbaik dalam kalangan mereka. Namun, setelah mereka mengetahui aku telah memeluk Islam, mereka akan mencela aku sebagai yang paling buruk dalam kalangan mereka’."
 
Kisah tersebut menggambarkan sifat sebenar bangsa Yahudi yang berubah-ubah mengikut kepentingan mereka sendiri.
 
Pengajaran kisah tersebut boleh dijadikan pangajaran untuk masa sekarang. Walaupun berlaku gencatan senjata antara Palestin dan Israel, ia tidak boleh dipercayai kerana bangsa Yahudi tidak akan menepati janji.
 
Pertarungan akan terus berlaku antara umat Islam dan Yahudi sehingga Islam mencapai kemenangan.
 
Sesungguhnya bangsa Yahudi amat tamak dan akan melakukan apa sahaja demi mendapat apa yang dicita-citakan biarpun dengan cara yang salah.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sungguh, engkau (Muhammad) akan mendapati mereka (orang-orang Yahudi), manusia yang paling tamak akan kehidupan (dunia), bahkan (lebih tamak) dari orang-orang musyrik. Masing-masing dari mereka, ingin diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu tidak akan menjauhkan mereka dari azab. Dan Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 96)
 
Orang-orang Yahudi berharap dapat berumur panjang sampai seribu tahun, namun umur panjang itu tidak dapat menolong dan menjauhkan mereka dari azab Allah. Allah mengetahui amalan mereka dan Dia akan memberikan balasannya.
 

No comments:

Post a Comment