Dalam sejarah China, sida mempunyai kuasa besar dalam kerajaan. Walaupun bukan
lelaki sejati kerana dikasi (kembiri), tetapi kuasa yang dipegangnya menandingi
kuasa lelaki sejati dalam Tamadun China.
Mereka biasanya terdiri daripada lelaki miskin yang rela atau terpaksa menjadi sida untuk bekerja dan peluang hidup lebih baik di istana.
Proses kembiri dianggap wajib supaya mereka tidak boleh mempunyai hubungan kelamin dengan gundik maharaja yang mungkin melahirkan keturunan yang boleh mengancam dinasti.
Kota Larangan merupakan kediaman peribadi maharaja, tempat di mana tiada siapa dibenarkan singgah terlalu lama. Para menteri, pegawai tentera, dan bahkan kerabat lelaki maharaja sendiri turut dikehendaki beredar daripada Istana diraja menjelang malam.
Satu-satunya golongan lelaki yang dibenarkan kekal berada di dalam Kota Larangan adalah sida-sida Cina. walaupun hakikatnya mereka bukanlah lelaki sejati memandangkan setiap seorang daripada mereka telah pun dikasi. Inilah gambar betapa berkuasanya sida-sida China.
Walaupun sida tidak dianggap sebagai potensi ancaman lantaran ketidakupayaan mereka untuk menubuhkan dinasti tersendiri (tiada zuriat), mereka sebenarnya memiliki keupayaan untuk menjatuhkan sesebuah dinasti yang memerintah.
Pengaruh besar yang dimiliki oleh beberapa sida ada kalanya membuatkan mereka menjadi korup, mengubah karakter mereka menjadi individu yang tamak, tidak berhati perut dan penuh bermuslihat.
Banyak contoh sida yang jahat boleh didapati dalam sejarah China. Peristiwa kejatuhan Dinasti Qin boleh dipertanggungjawabkan pada sida yang bernama Zhao Gao.
Walaupun dikenali dalam lipatan sejarah dengan reputasi yang agak buruk, tidak semua sida itu jahat. Sebahagian daripada mereka memberi sumbangan yang besar kepada ketamadunan China.
Kertas yang merupakan salah satu dari Empat Ciptaan Hebat, dikatakan telah dicipta oleh seorang sida-sida yang bernama Cai Lun di zaman pemerintahan Dinasti Han Timur.
Tambahan lagi, Cheng Ho, seorang sida yang berkhidmat untuk Maharaja Ming Yongle mengepalai armada diraja dalam pengembaraan ke Asia Tenggara, India, Tanah Arab, Parsi dan juga Afrika Timur.
Selain itu, sida China juga dicatatkan telah memberikan sumbangan dalam mainan
muzik di istana China. Misalnya sida pada zaman Dinasti Ming merupakan kelompok
pertama yang memainkan muzik klasik barat.
Tamatnya pemerintahan Dinasti Qing pada awal kurun ke-20 Masihi membawa
pengakhiran kepada sistem diraja China sekaligus menamatkan juga amalan
menggunakan khidmat sida.
Pada tahun 1924, seramai 1500 orang sida terakhir dibuang dari Kota Larangan. Sun Yaoting, sida diraja terakhir, dicatatkan telah meninggal dunia pada bulan Disember 1996 sekaligus menamatkan suatu amalan berzaman-zaman yang sejarahnya menjangkau ribuan tahun.
Pada tahun 1924, seramai 1500 orang sida terakhir dibuang dari Kota Larangan. Sun Yaoting, sida diraja terakhir, dicatatkan telah meninggal dunia pada bulan Disember 1996 sekaligus menamatkan suatu amalan berzaman-zaman yang sejarahnya menjangkau ribuan tahun.
No comments:
Post a Comment