Kejayaan datang dengan produktiviti.
Produktiviti terhasil apabila ada aktiviti. Semua aktiviti akan berikan kita
rasa tekanan seperti kesuntukan masa, penat, perbelanjaan dan sebagainya yang
memberi kesan kepada emosi.
Tekanan yang berjaya diurus dengan baik akan membawa kepada kejayaan. Sebaliknya, tekanan yang tidak terkawal akan menjadi punca kepada kecelakaan dn kemusnahan impian.
Sebab itu, ketika kita telah disuntik motivasi ingin berjaya atau apapun matlamat ingin dicapai, berhati-hati agar dapat membezakan antara tekanan yang membantu ataupun satu keadaan yang bakal melumpuhkan kita pada masa depan.
Sebaik-baik usaha ialah bersederhana dan berterusan. Jangan biarkan diri dipengaruhi oleh sikap yang terlampau ingin mencapai sesuatu dalam tempoh masa cepat dan mendapat dalam kuantiti atau kualiti yang banyak.
Hidup ini adalah proses yang berterusan. Berusaha perlu dilakukan secara berterusan. Tidak guna terlalu bermotivasi sehingga memberi tekanan hidup yang tidak mampu untuk diselesaikan. Itu akan memusnahkan diri dan menggagalkan apa ingin dicapai.
Kawal emosi dan motivasi diri tanpa memberi tekanan yang keterlaluan. Jadikan tekanan yang mampu dikawal dengan perasaan yang tenang dan bijak berfikir untuk mencari peluang yang baharu. Tekanan yang membuka minda dan mencetuskan semangat. Tekanan yang memberikan kita ruang menikmati hari hari mendatang dengan segala kebaikan.
Satu cara untuk mengawal tekanan ialah percaya kepada ketentuan Allah SWT. Yakin bahawa sekuat mana usaha dilakukan, jika ia tidak diizinkan Allah SWT, maka ia tidak akan berlaku seperti yang kita inginkan. Kita perlu berdamai dengan takdir dan percayalah bahawa setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya.
Berusahalah dengan sesungguh hati dan bertawakal. Kita akan menjadi hamba-Nya yang menerima setiap ketentuan-Nya dengan hati yang tenang. Ada perasaan yakin bahawa perkara baik yang dilakukan ikhlas akan tetap memdapat balasan baik di akhirat nanti, biarpun tidak mendapatnya di dunia ini.
Balasan pahala bukan dikira atau dinilai berdasarkan kepada kejayaan di dunia, tetapi bergantung niat dan keikhlasan, serta usaha-usaha yang dilakukan. Sifat reda dan menerima kegagalan itu juga sebahagian daripada pahala yang bakal diperoleh.
Hiduplah dalam penuh rasa bersyukur setiap apa yang dilalui. Jagan bandingkan kita dengan orang lain kerana nasib kita memang tidak sama.

No comments:
Post a Comment