Friday, 6 September 2024

JUDI DI DALAM MASJID

 
Satu tabung khas (tabung umrah) diwujudkan di sebuah masjid. Sumbangan berupa derma oleh jemaah masjid. Pihak masjid akan buat cabutan bertuah untuk menentukan siapa ahli jemaah yang layak pergi umrah.
 
Masalahnya ialah penderma pun layak dicalonkan untuk mendapat hadiah pakej umrah daripada cabutan bertuah ini.
 
Maka “derma” mereka sebenarnya ialah yuran atau pertaruhan untuk menyertai cabutan bertuah yang merupakan pertandingan.
 
Jika sebahagian atau kesemua derma digunakan untuk beli pakej umrah dan “penderma” memenangi pakej umrah, cabutan bertuah ini sebenarnya ialah judi.
 
Jika penderma tidak terlibat dalam cabutan bertuah ini, itu bukan judi. Lagipun, sebagai penderma, untuk mendapat pahala Allah SWT, kita dilarang mengharapkan ganjaran atau imbalan.
 
Pendapat kami cara yang terbaik ialah sedekahkan dana terkumpul kepada fakir miskin atau untuk majlis ilmu.
 
Jauhi judi. Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan Rasul-Nya. Insya Allah.
 
Kredit Ustaz Lariba

No comments:

Post a Comment