Wednesday 2 February 2022

TIDAK SEMBANG KARI

  
Bakal majikan pastinya ingin mencari pekerja yang hebat yang boleh membawa keuntungan atau kebaikan kepada organisasi. Mereka tidak mahu yang hanya ‘sembang kari’ sedangkan hasilnya tiada. 
 
Sebab itu, ada iklan yang menyatakan tidak mahu bakal pekerja yang sembang kari. Ini salah satu contoh iklan mencari pekerja yang secara terus menyebut antara syarat pekerja yang dicari ialah yang ‘tak sembang kari’ 
 
Saya mencari Sales Executive. 
 
Calon serius nak belajar, nak kerja dan nak kejar kerjaya sahaja boleh memohon. 
1. Wajib tahu excel, bijak main nombor. 
2. Pandai bermain dengan data, perancangan dan jangkaan. 
3. Terer bab penghasilan sales melalui banyaknya platform. 
4. Tak sembang kari. 
5. Bercakap, present, reporting semua kena hujung jari. 
6. Leadership tinggi. Kena tegur tak sentap. Itu penting. 
7. Sentiasa susah senang bersama team. Fokus dan sentiasa energy tinggi. 
 
Saya tak kisah bab kelayakan dalam dunia belajar. Jika ada semua itu, mari hantar resume lengkap siap email baik-baik ke xxx@zzzz.com 
 
Umur bawah 30, jaga solat dan lelaki adalah kelebihan. Kerja di Bandar Baru Bangi. Jika lelaki bujang, ada rumah sewa diberikan. 
 
Terima kasih!

 

 

No comments:

Post a Comment