Wednesday 5 January 2022

TURUTAN TANGGUNGJAWAB LELAKI BERGELAR SUAMI


Seorang lelaki yang bergelar suami mesti faham akan kewajipan terhadap keluarga sendiri seperti yang dituntut dalam agama.
Urutan nafkah seorang lelaki bergelar suami ke atas keluarga;
- Diri sendiri
- Isteri
- Anak
- Bapa
- Ibu
- Cucu
- Datuk
- Saudara
- Ahli-ahli keluarga berikutnya.
Keutamaan urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang menegaskan bahawa; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu.” (Hadis riwayat Muslim dan Nasai)
Hendak menjadi suami perlu kuat usaha demi keluarga. Ujian dan tanggungjawab sudah tentu besar. Kalau taidak mampu atau tidak bersedia hendak pikul, jangan kahwin.
Insya-Allah jangan abaikan tanggungjawab serta kewajipan terhadap isteri, anak-anak mahupun ahli keluarga yang lain termasuk orang tua.
Semoga para suami dipermudahkan Allah dalam segala perjalanan urusan dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment