Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan bagi membantu Ke bawah Duli Yang
Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang merupakan sebagai Ketua Agama.
MAIK ditadbir oleh tidak melebihi
23 orang Ahli Majlis yang mana mereka dilantik dan ditauliahkan oleh Ke bawah
Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan mengikut kelayakan sebagaimana yang
diperuntukkan di bawah seksyen 9 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan 1994. Ianya akan dipengerusikan oleh seorang Yang Dipertua
Majlis.
Terdapat juga tidak lebih
daripada 17 orang ahli yang dipanggil ahli jemaah ulama yang mana mereka ini
adalah dilantik dan ditauliahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan
Kelantan mengikut seksyen 33(1) Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan 1994 yang dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan Negeri
Kelantan.
Bagi ahli-ahli yang terlibat dengan
Dewan Syura adalah mereka yang telah dilantik oleh ke bawah Duli Yang Maha
Mulia Al-Sultan Kelantan yang mana terdiri daripada seorang Pengerusi,
Seorang Timbalan Pengerusi, Semua Jemaah Ulama, tidak lebih 40 orang ahli lain
dari golongan Ulama serta cendikiawan-cendikiawan yang pakar mengenai agama
Islam, 4 orang ahli Majlis yang dipilih dalam mesyuarat Majlis dan tiga orang
ahli-ahli ex-officio iaitu Yang Dipertua Majlis, Timbalan Yang Dipertua Majlis
dan Setiausaha Majlis (Che Alias bin Harun, 2004).
MAIK terdapat juga
Jawatankuasa-Jawatankuasa Tetap Majlis yang telah dilantik mengikut perwakilan
yang mana perlantikan ini adalah mengikut bidangkuasa di bawah seksyen 30 (1)
Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Kelantan 1994.
Jawatankuasa-jawatankuasa yang
dimaksudkan itu adalah sebagaimana berikut:
- Jawatankuasa Kewangan
- Jawatankuasa Perkhidmatan dan
Perjawatan
- Jawatankuasa Pusat Anak Yatim
Darul Aitam
- Jawatankuasa Pembangunan,
Baitulmal dan Pelaburan
- Jawatankuasa Hal Ehwal masjid
- Jawatankuasa Zakat dan Kebajikan
- Jawatankuasa Dakwah
- Jawatankuasa Dakwah Orang Asli
dan Orang Bukan Islam
- Jawatankuasa penyelidikan dan
Membasmi Ajaran Sesat
- Jawatankuasa Penerbitan
- Jawatankuasa Temuduga
- Jawatankuasa Kenaikan Pangkat
- Jawatankuasa Tatatertib
- Jawatankuasa Ulangbicara
- Jawatankuasa Pengurusan
Darulaitam
- Jawatankuasa Pemilihan Iman Muda
dan Tua masjid Mukim Negeri Kelantan
- Jawatankuasa Kecil Pelaburan
- Jawatankuasa Kebajikan Masjid dan
Tanah Perkuburan
- Jawatankuasa Teknikal Pindaan
Undang-undang dan Penggubalan Kaedah
No comments:
Post a Comment