Memberi
salam hukumnya sunat muakkad, iaitu sunat yang amat dituntut dilakukan di mana
pahalanya lebih besar daripada sunat-sunat lain.
Jika memberi salam hukumnya
sunat muakkad, tetapi menjawab salam adalah wajib bagi sesiapa yang mendengar
salam itu sama ada suka atau tidak kepada orang mengucapkan salam itu.
Bagaimanapun, dalam kumpulan
ramai, memadai salam itu dijawab oleh seorang yang mewakili kumpulan itu.
Pun jika semua yang ada itu menjawabnya, maka itu adalah lebih baik.
Diperhatikan
ucapan salam tidak meluas di kalangan masyarakat Islam di negara kita, kecuali
dalam urusan rasmi. Apabila menemui seseorang yang ingin dihormati saja ucapan
salam ditujukan itiu kebiasannya orang bawahan memberi salam kepada orang
atasan.
Malah
ada orang sukar melafazkan ucapan salam kerana segan. Mereka takut dipanggil
alim, sedangkan keadaan dirinya sebenar adalah sebaliknya. Maka ucapan yang
lebih kerap digunakan ialah helo, hai dan sebagainya. Perbuatan itu membuktikan
sifat malu tidak bertempat.
Tidak
kurang juga tidak mahu memulakan salam kerana merasakan kedudukannya lebih
tinggi. Ucapan salam diharapkan ditujukan kepadanya, tetapi tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain.
Mengucapkan
salam tidak dihadkan bilangan. Boleh diucapkan salam kepada orang sama setiap
kali bertemu dalam selang masa yang singkat. Tetapi jangan pula keterlaluan
sehingga menimbulkan perkara tidak disenangi.
Islam
lebih suka amalan dilakukan berterusan biarpun sedikit daripada melakukan
banyak tetapi dalam tempoh singkat.
Untuk
membiasakan ucapan salam, mulakan dulu di kalangan keluarga dan sahabat
terdekat. Memberi salam sebelum memasuki rumah adalah salah satu cara
mendapatkan keberkatan dan kejayaan dalam rumahtangga.
Amalan
ini pernah disuruh oleh Allah agar dilakukan oleh Anas seperti mana
diriwayatkan Baihaqi.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Hai Anas! Ratakanlah wududmu nescaya bertambah umurmu.
Berilah salam kepada orang yang engkau temui daripada umatku nescaya
bertambahlah kebajikanmu. Dan apabila engkau masuk ke rumahmu, maka berikanlah
salam kepada keluargamu nescaya banyaklah kebajikan rumahtangga.”
No comments:
Post a Comment