Di
media sosial semakin banyak rasa kecewa rakyat kepada kerajaan, terutama dalam
perkara penguatkuasaan undang-undang. Perkara yang sering dibangkitkan ialah layanan
atau tindakan berbeza terhadap dua golongan berbeza dalam perkara yang sama.
Sebenarnya
apa yang berlaku ialah layanan berbeza kerana keadaan berbeza. Namun, banyak
yang tidak faham tentang perkara tersebut bagaimana sesuatu tindakan diambil
pihak penguatkuasa berdasarkan situasi berbeza biarpun seperti nampak sama.
Contohnya
dalam soal kompaun melanggar SOP Covid-19. Penguatkuasa boleh terus mengeluarkan
saman kompaun kepada individu melanggar SOP pada masa dan tempat pelanggaran
itu berlaku.
Sebaliknya,
jika pihak polis menerima laporan daripada orang ramai bahawa sesuatu
pelanggaan SOP telah dilakukan oleh individu, maka kertas siasatan perlu dilakukan
sebelum sesuatu tindakan dikenakan.
Dalam
soal penggunaan gari ketika perbicaraan mahkamah juga ada peraturannya. Jika si
dituduh berada dalam tahanan polis, maka penggunaan gari dilakukan. Sebaliknya
jika si dituduh bukan dalam tahanan polis, maka gari tidak dipakaikan,
melainkan jika dipercayai si dituduh akan melarikan diri.
No comments:
Post a Comment