Friday 3 January 2020

RASA BUAH TAMPOI SEDIKIT BERLEMAK

Buah tampoi atau nama saintifiknya Baccaurea microcarpa atau Baccaurea griffithii adalah sejenis pokok hutan yang menghasilkan buah tampoi. Nama lain buah tampoi ialah tampoi batang, tampui, larah, merkeh, ngeke, merkang, moke dan tampoi bulan.

Pokok tampoi lazimnya tumbuh di kawasan hutan. Buah tampoi sama seperti buah rambai mempunyai struktur buah dan rasa hampir sama tetapi ia lebih besar dan ada rasa sedikit kelat. Rasanya enak dan sedikit lemak.

Didapati pokok tampoi belum dikomersilkan lagi penanaman di negara kita kerana ia adalah jenis buah nadir yang ditanam secara suka-suka sahaja di kawasan dusun atau keliling rumah.

Bunga pokok tampoi keluar daripada tangkai yang keluar daripada dahan atau batang pokok. Ada bunga jantan dan bunga betina. Pendebungaan berlaku secara semula jadi oleh angin dan serangga seperti semut dan kerengga.

Buah tampoi yang terhasil dari tangkai yang berangkai adalah berwarna hijau ketika muda dan coklat terang apabila masak. Buah tampoi mempunyai kulit tebal dengan bentuk bulat lonjong atau bulat leper sedikit.

Isinya adalah lembut yang berwarna putih krim, kekuningan dan sebagainya bergantung kepada spesis. Bijinya agak keras dan boleh dijadikan biji benih untuk disemai.  

Buah tampoi pasti terkenal pada masa dulu. Sebab itu nama buah nadir ini dipilih sebagai nama tempat. 

Di Johor terkenal dengan nama tempat Tampoi yang sinonim dengan Hospital Permai. Selain itu di negeri-negeri lain juga terdapat nama tampoi yang diabadikan kepada nama tempat. 
 
Di Negeri Sembilan ada tempat dinamakan Sungai Tampoi. Di Dengkil, Selangor pula ada tempat dinamakan Bukit Tampoi. 
 
Manakala di Melaka ada Jalan Tampoi dan Kampung Tampoi.  Sungai Tampoi ada juga di Perak dan Sarawak, Bukit Tampoi ada juga di Kedah dan Perlis.


1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete