Friday 25 October 2019

PEMINAT TEGAR ETOK SALAI

Peminat makanan sanggup memandu jauh semata-mata untuk mendapatkan menu atau jenis makanan yang digemari. 
 
Antara makanan atau kudapan terkenal di Kelantan adalah etok atau etak yang mempunyai peminat tersendiri.

Bagi peminat etok mereka tahu di mana hendak mendapat etok yang memenuhi cita rasa mereka.

Perbezaan rasa etok berdasarkan kepada ramuan yang disediakan digaul bersama etok sebelum ia disalai.  

Antara etok yang mendapat sambutan ialah etok yang dijual di Kampung Bendang Morak, Jalan Wakaf Bharu - Tumpat.

Etak di Bendang Morak bukan sahaja dibeli mereka yang melalui tempat tersebut, tetapi ada yang pergi ke situ semata-mata untuk membeli etak.

Tempat lain yang terkenal menjual etok ialah di Kampung Kok Keli, Tumpat, Kampung Kasa, Pasir Mas, Kampung Kubang Kerian, Kota Bharu dan Kampung Gunung, Bachok.

Selain tempat yang dinyatakan itu, banyak penjual etok yang menjual di tempat-tempat tertentu seluruh Kelantan. 
 
Kebanyakan mereka ada peniaga etak secara kecil-kecilan dengan mendapatkan bekalan etak dari peniaga lain.

No comments:

Post a Comment