Tuesday 29 November 2016

HAK BIASISWA PELAJAR BUMIPUTERA

Salah satu hak istimewa Melayu yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan ialah berkaitan pelajar Melayu mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi. 
 
Kerajaan perlu memberi keistimewaan penyediaan biasiswa, khususnya kepada pelajar Melayu yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam bidang profesional. 

Biasiswa dapat membantu pelajar Melayu mengikuti pengajian dalam bidang profesional yang kurang disertai kaum Melayu. 
 
Memandangkan peluang pengajian dalam bidang profesional di universiti tempatan agak terhad, maka biasiswa perlu disediakan untuk pelajar Melayu melanjutkan pengajian di luar negara. 

Peluang pendidikan yang baik perlu disedikan untuk kaum Melayu menceburi bidang kerjaya yang dapat membantu negara mencapai status negara maju. 
 
Penglibatan kaum Melayu dalam bidang profesional dapat merapatkan jurang taraf kerjaya dan kekayaan di antara kaum. 

No comments:

Post a Comment