Stesen Kereta Api Dabong (Stesen Dabong) merupakan salah satu stesen yang terdapat di laluan pantai timur. Stesen ini mula digunakan pada tahun 1931 apabila landasan yang menghubungkan Tumpat di utara dengan Gemas di selatan dirasmikan.
Pada 05 September 1931, Landasan kereta api pantai timur
yang menghubungkan Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan telah dirasmikan oleh
Sultan Kelantan, Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad ke IV bersama dengan
Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya, Sir Cecil Clementi.
Perasmian pada 05 September 1931 adalah bersempena dengan pembukaan landasan
kereta api dari Gua Musang ke Kuala Gris di Kelantan. Pembinaan landasan kereta
api pantai timur itu dijalankan secara berperingkat dari dua hala, iaitu dari
selatan ke utara dan sebaliknya.
Pada tarikh tersebut juga Stesen Dabong pertama kali menjadi
hentian kereta api. Dari terikh itu, Stesen Dabong menjadi hentian utama di
selatan Kelantan, selain Stesen Gua Musang.
Berhampiran Stesen Dabong, di lokasi yang dikenali sebagai
Batu 243.5 tercatat sejarah tersendiri. Ia adalah tempat pertembungan landasan
kereta api yang dibina dari Gemas, Negeri Sembilan yang bermula pada 1907 dan
satu lagi, membabitkan laluan Tumpat bermula 1913.
Ia menjadi tumpuan pengguna kerana pada ketika itu belum ada
jalan penghubung jalan raya. Sebelum itu, untuk ke Dabong dari utara mahupun
selatan Kelantan adalah menggunakan laluan sungai. Sungai yang melalui Dabong adalah
Sungai Galas yang menjadi sebahagian cabang kepada Sungai Kelantan.
Pada 2014, Stesen Dabong tidak terkecuali tersenarai lokosi
yang teruk dilanda banjir. Stesen Dabong yang dianggap selamat telah dijadikan
lokasi tempat meletak kepala kereta api (lokomotif) dan gerabak penumpang,
turut tenggelam.
Betapa besar banjir melanda sehingga menegelamkan deretan
lokomotif dan gerabak penumpang yang di bahagian atas bumbungnya menjadi laluan
bot penyelamat.
Namun, sejarah 2014 itu hanya melumpuhkan seketika Stesen
Dabong apaila beberapa tahun kemudian menjadi stesen paling popular di Kelantan
apabila menjadi tumpuan pengguna untuk naik dan turun di stesen itu.
Fenomina "Train to Dabong" yang tular di media
sosial menjadikan stesen itu sasak dengan penumpang, terutama pada hari cuti.
Dabong dikenali sebagai "pintu masuk ke alam semula
jadi" bagi pelancongan yang berteraskan alam semula jadi. Antara
lokasi-lokasi menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan
ketika berada di Dabong adalah seperti Gua Keris, Gua Ikan, Air Terjung Stong, Lata
kertas, Sungai Kenerong dan Mercu Tanda Stong.
Kawasan Dabong dikelilingi oleh bukit-bukau di utara, selatan,
barat dan timur. Dabong didominasi oleh kawasan hutan dan pergunungan yang kaya
dengan sumber semula jadi yang terkenal terutamanya Air Terjun Gunung Stong
dengan ketinggian 303 meter yang merupakan air terjun yang tertinggi di Asia
Terenggara.
No comments:
Post a Comment